Monday, 30 November 2009

Kebijaksanaan Mendakwah. [Bab.4]




Allah swt telah memerintah agar kaum muslimin menawarkan kebenaran agama Islam dengan cara yang teliliti dan bijaksana.
Adalah perlu untuk mendampingi dan mendekati mereka dengan mengunakan kaedah nasihat- menasihati dan berinteraksi dengan cara yang terbaik supaya mereka dapat memahami dan menerimanya dengan sejelas-jelas penerangan.
Firman Allah swt dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud;


Serulah [manusia] kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, bantahlah kepada mereka juga dengan cara yang baik.
Sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalanNya serta lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
Umat Islam telah ditegah dari mencerca [mencaci] apa yang dipertuhankan oleh mereka yang masih memuja dan menyembah selain dari Allah swt. Mencerca serta mencaci boleh mengakibatkan timbulnya keinginan mereka membalas cercaan dan mencaci kepada Allah swt serta agama   Islam itu sendiri.
Sesungguhnya firman Allah swt dalam surah al-An'am ayat 108 yang bermaksud;


'Dan janganlah kamu mencerca [mencaci] sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah swt, kerana mereka nanti akan memaki Allah swt dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.'


Justeru! umat Islam diingatkan jangan berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan jalan yang sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Ankabut ayat 46 yang bermaksud;


'Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang paling baik.'

Wednesday, 25 November 2009

Hidayat Allah swt. [BAB.3]





Hidayat datang dari Allah swt, seseorang manusia yang inginkan kepada kebenaran dan menerima Islam sebagai agama atau tidak, Al'Quran telah memperlihatkan bahawa dalam menentukan pilihan kepada Islam memang bersesuaian dengan petunjuk Allah swt, yang  dianugerahkan kepadanya.
 

Ini pernah berlaku kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. yang mahukan bapa saudaranya Abu Talib yang memeliharanya, membesarkan dan melindunginya menyebarkan dan menyampaikan ajaran  Islam kepada umatnya, agar disaat menemui ajalnya dengan bersyahadah [ dua kalimah syahadah ], agar perginya dia dengan keadaan  beragama Islam.


 Akan tetapi keinginan Rasulullah s.a.w. tidak kesampaian atau terkabul, kerana ia tidak bersesuaian dengan kehendak Allah swt memberi petunjuk buat bapa saudaranya Abu Talib.


Allah swt menerangkan bahawa, junjungan besar Rasulullah s.a.w. tidak berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapapun yang dikasihinya oleh kerana petunjuk itu hanya ditangan Allah swt sahaja. 
Sebagaimana  firman Allah swt dalam surah al-Qasas ayat 56 yang bermaksud ;


Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, akan tetapi Allah swt memberi petunjuk kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Oleh itu Allah swt lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.


Anugerah untuk manusia kepada penerimaan akan Hidayat dan TaufikNya, hanya untuk manusia yang terpilih olehNya, akan dilapangkan olehNya dada mereka untuk menerima dan memeluk agama Islam, sedangkan barang siapa dikehendakiNya mengalami kesesatan maka disempitkan dadanya seolah-olah ia sedang mendaki kelangit.
Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-An'am ayat 125 yang bermaksud;


Nescaya Allah swt akan memberi petunjuk kepada yang Dia menghendaki, melapangkan dadanya untuk memeluk agama Islam dan akan menyempitkan dada mereka yang tidak dikehendaki nescaya mereka akan kesesatan.


Mengikut ketegasan yang telah termaktub maksud dan pengertiannya, maka agama Islam itu sendiri tidak membenarkan kaum muslimin untuk membenci dan memusuhi mereka yang tidak  memilih kepada Islam, kerana Allah swt belum menghendaki mereka dan beroleh petunjuk dariNya.    


Monday, 23 November 2009

Kebebasan Menentukan Pemilihan. [BAB.2]




Perspektif dalam Islam itu sendiri telah mengakui akan tidak kesepakatan didalam banyak perkara oleh manusia, termasuklah perihal bersangkutan serta berkeyakinan beragama dimuka bumi ini.

Tiada siapa yang dapat dan boleh menafikan dari Allah swt yang maha berkuasa, keatas segala ketentuan datang dariNya, dan apabila Dia menghendaki nescaya umat manusia ini dijadikan satu umat sependirian dan sekeyakinan maka jadilah ia, sebagaimana firmanNya dalam surah Hud ayat 118 - 119 yang bermaksud ;

"Jikalau Tuhanmu menghendaki sudah tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu tetapi mereka sentiasa akan berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu dan untuk itulah Allah swt menciptakan mereka."

Kalimat Tuhanmu yang berkeputusan telah menetapkan sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan jin dan manusia yang derhaka kesemuanya.

Dari maksud terjemahan ini ternyata manusia memang suka berselisih dan akan sentiasa sedemikian, kecuali mereka yang memperolehi  rahmat kasih sayang Allah swt.

Sudah termaktub, demikianlah Allah swt memberikan watak pembawaan dalam mencipta akan manusia itu.
Ayat 99 didalam surah Yunus menegaskan bahawa ketentuan iman itu datangnya dari Allah swt, tetapi manusia boleh menentukan sendiri pilihan tanpa ada sebarang paksaan, sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud;

Jikalau dikehendaki olehNya! sudah pasti semua manusia akan beriman dimuka bumi ini, seluruhnya.
Justeru !!! Apakah kamu mahu memaksa manusia menjadi orang-orang yang beriman kesemuanya ?
Dalam maksud firman Allah swt itu sendiri telah menerangkan adanya tekanan tentang adanya kebebasan untuk manusia menentukan pilihan sendiri menerima Islam sebagai agama " Adeenul Haq ' yang benar disisi Allah swt atau disebaliknya.

Sehubungan ini Allah swt dengan terang menegaskan iman atau kafir terserah kepada manusia untuk membuat pilihan, telah nyata kebenaran sebagaimana firman Allah swt didalam surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud;

Katakanlah! " Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang inginkan keimanan hendaklah ia beriman dan barang siapa yang inginkan kafir biarlah ia kafir.


 


Beragama Mengikut Perspektif Islam. [BAB.1]



Muslimin Dan Muslimat Yang DiBerkati Allah swt.


As'sallamu'alaikum wbt.

Al'Quran telah mengariskan satu prinsip yang begitu kukuh megenai perihal penganutan beragama mengikut perspektif Islam, sebagaimana yang disebut didalam surah al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud ;

Tidak ada sebarang paksaan untuk memasuki agama Islam ; sesungguhnya amatlah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah.


Adalah bebas bagi manusia untuk menentukan pilihan beragama mengikut kepercayaan mereka sebagaimana yang diajarkan melalui surah al-Kahfi ayat 29 yang bermaksud ;

Katakanlah : " Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka jika manusia yang ingin beriman hendaklah ia beriman. Sesiapa yang ingin akan kafir biarlah ia kafir. "

Terjemahkan !!! Apa yang dimaksudkan dengan penganutan beragama ?
Manusia yang inginkan kebebasan berhak memilih kepercayaan yang dikehendaki menjadikan agama anutan yang disukainya.

Jelas bererti, sesama manusia tidak mempunyai hak untuk memaksa dengan paksaan kekerasan bagi menarik mereka supaya mengikut, menganuti sesuatu kepercayaan.

Cara untuk menarik mereka kepada Islam hanya dengan berdakwah atau memujuk, dengan adanya kekuatan berhujah dengan dalil akal yang sempurna, lagi mempersonakan maka ia adalah sebaik-baik usaha.
Ransangan saperti ini perlu dijuruskan kepada balasan Allah swt kepada kita untuk mendapatkan pahala akhirat dan juga pengertian akan azabNya diakhirat nanti.  


Beragama Mengikut Perspektif Islam.