Monday, 29 March 2010

Tatatertib Ketika Berdo'a.



Sesungguhnya Do'a sangatlah besar ertinya didalam kehidupan kita seharian, ia memberi sinar petunjuk dan bantuan yang paling berkesan untuk mencapai akan matlamat dan tujuan serta kepada berolehnya kejayaan.
Ia adalah satu bentuk jalan ikhtiar dan usaha untuk kita mendekati kepada yang Maha Berkuasa yakni Allah swt yang menguasai segala-galanya.

Peraturan-Peraturan Tertib Untuk Berdo'a Perlu DiPatuhi:

1. Badan hendaklah didalam keadaan suci daripada hadas besar dan kecil.

2. Sebelum berdo'a hendaklah memuji kepada Allah swt, berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhamad saw, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

3. Hendaklah menghadap kearah Qiblat serta mengangkat kedua belah telapak tangan dan disapukan kemuka satelah selesai do'anya.

4. Berdo'alah dengan suara yang perlahan diantara kedengaran dengan tidak.

5. Dituntut berakhlak dengan akhlak yang baik, taat dan patuh kepada Allah swt dengan mengerjakan segala suruhanNya dan menjauhi larangan-laranganNya.

6. Memohon secara bersungguh-sungguh, dimana perlu diulangi sebanyak 3x.

7. Berdo'a hendaklah dengan usaha dan ikhtiar yang sesuai pada apa yang dipohon.

8. Hendaklah menunggu dengan penuh kesabaran sebagaimana yang telah difirmankan olehNya "Wasta'inu bissabri wassalah " yang bermaksud: Mohonlah pertolongan kepada Allah swt dengan sabar dan bersolat.

9. Berdo'alah dengan tulus ikhlas.

10. Disyorkan adalah sebaik-baiknya pada waktu-waktu yang mulia disisi Allah swt saperti:

10.1 Dimalam Juma'at.

10.2 Tengah malam pada tiap-tiap malam.

10.3 Pagi sebelum waktu subuh.

10.4 Salepas tiap-tiap solat lima waktu & banyak lagi waktu-waktu yang bersesuaian.

Do'a hendaklah dibaca dengan khusuk dan tawadzuk serta dengan penuh keikhlasan. InsyaAllah!!! Allah swt akan merestui segala apa yang dipohon dan dicita-citakan.

Thursday, 25 March 2010

Peradaban Manusia.




Ilmu pengetahuan manusia tentang masaalah-masaalah duniawi dan jasmani
memang terus menerus memuncak dengan begitu ketara dan semua ini tidak akan berhenti, diumpamakan ayat ditulis tanpa bernoktah, ianya akan terus menerus hanyut tanpa henti dan tidak akan berpenghujung.

Masalah manusia tentang pengetahuan rohani dan akhirat tetap ditahap kesederhanaan tidak menampakkan kemajuan dan peningkatan, malah makin berkurangan, malap dan terus mundur.
Risiko yang berkeadaan sebegini rupa, membuatkan manusia yang berpengetahuan serta berilmu, siang malam akan terus leka mengejar, berlumba-lumba mencari akan ilmuan duniawi dan kekayaan harta benda semata-mata.

Keadaan yang sedemikian akan lebih condong dan cenderung serta bersifat rakus memperolehi kepada kebendaan material tanpa menghiraukan apa-apa selain mengejar kekayaan.


Waktu sudah pasti tidak akan mengenali dan menghiraukan padah bala yang bakal mengundang pada bila-bila masa dan saatnya, yang bakal didatangi oleh Allah swt kepada mereka.-mereka yang terang-terangan tidak menghiraukan akan musibah yang diundang diatas sikap dan perbuatan mereka.

Oleh yang demikian semakin rosaklah akhlak atau peradaban manusia yang terus alpa, serta melalaikan soal-soal akhlak dan rohani.

Kalau dibiarkan keadaan yang sebegini rupa, maka manusia akan sampai kepada satu noktah, atau akan terus sesat tanpa penghujungnya, di mana manusia yang berilmu dan berpengetahuan tidak akan berakhlak dan berbudi perkerti sama sekali.
Mereka akan terus hidup umpama sampan tidak berkemudi, hanyutlah ia dibawa arus deras dan berkemungkinan tidak akan dapat berlabuh.

Disaat inilah manusia akan menjadi saperti binatang-binatang liar yang moden lagi pintar, tidak bermoral, menjadi makhluk yang bernafsu besar, mengikuti nafsu syaitan dan iblis, tidak akan tahu malu, bagaikan dirasuk, seterusnya akan mengikut hawa nafsu dengan sesuka hati.

Alangkah kotor dan jijiknya serta kejamnya manusia yang sedemikian rupa...Na'uzu billahi min zalik!!!

Mohon perlindungan dari Allah swt, agar keadaan yang sedemikian rupa tidak mendapat laknat dariNya, sebaliknya kita seharusnya bermunajat memohon do'a agar mereka-mereka ini mendapat hidayah serta diberi petunjuk olehNya dan kembali kepangkal jalan.
Berpatah baliklah kepadaNya dan seterusnya bertaubat dengan sebenar-benar taubat [nasuha].

Surah Al-Mu'minuun Ayat: 99 - 100 [Orang-Orang Mu'min]
" Hingga apabila datangnya maut kepada mereka, berkatalah ia: Hai Tuhanku kembalikanlah
aku ".

" Supaya dapat aku kerjakan amal solih dalam urusan yang telah aku sia-siakan, sedangkan
ungkapan ini telah pernah diperkatakan olehnya. Mereka ini sudah lupa yang dibelakang
mereka ada dinding [barzakh],hingga mereka dibangkitkan semula ".

Demikianlah dakyah karektor manusia yang kafir[ingkar], akan berulang-ulang mahu beriman dan beribadah, malah masih berterusan mengejar kejayaan duniawi semata-mata.

Ya Allah!!! berilah kesempatan untuk mereka berpatah balik kejalan yang diredhai oleh Mu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Monday, 22 March 2010

Perhitugan [Hisab].



Lanjutan dari menemui Para Nabi serta 'Syafa'at Nabi saw: Maka tinggallah  orang-orang yang akan dihisab, semua manusia akan mendongak [menengadah] kelangit dengan keadaan dijatuhkan, ada yang kekanan, kekiri juga kebelakang.

Persoalannya mengapa mereka berada dalam keadaan sedemikian rupa?

Setiap dari mereka akan menerima catatan yang tertulis rapih[yakni teliti &tepat] didalam satu buku yang akan diberikan kepada setiap mereka. Buku-buku tersebut akan didatangi dari tiga[3] arah dan dari setiap arah akan menandakan catatan yang berlainan dari aspek hukuman yang bakal diterima oleh mereka.

Firman Allah swt yang bermaksud:

" Maka ada pun sesiapa yang didatangi oleh kitabnya [buku catatan] dari sebelah kanan maka nescaya ia akan dihisab dengan hisab yang mudah, kemudian kembalilah ia kepada keluarganya dengan keadaan yang penuh gembira ".

" Dan adapun sesiapa yang didatangi oleh kitabnya [buku catatan] dari arah belakang, maka nescaya ia akan bertieriak mengatakan celakalah aku, dan ia akan dimasukan kedalam api yang menyala-nyala "
[ Surah Al-Insyiqaaq Surat:7 - 12 ].

Rasulullah saw sentiasa mengkisahkan [ menceritakan ] keadaan yang berlaku amatlah dahsyat lagi menakutkan kepada keluarga baginda akan keadaan pada hari perhitungan mahu ditimbang, sehingga suatu waktu Aisyah menangis dengan derunya [ tersedu sedan ].

Apa yang membuatkan kamu menangis wahai Aisyah?

" Aku mengingatkan kepada api yang menyala-nyala itu menyebabkan aku menangis ".

Setelah kitab diberi, Allah swt menyeru kesemua mereka membaca isi kandungan yang telah ditulis dengan begitu kemas dan teliti.

Allah swt berfirman didalam surah Al-Isra' Ayat: 14 yang bermaksud:

" Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu ".

Dengan itu bermulalah dihisab amalannya satu persatu, dimulakan dengan dihisab solat kita. Apabila ditengok solat kita kurang sempurna, lantas ditengok solat sunatnya, jika ada, jadilah ia sebagai penyempurna solat fardu yang mungkin dahulunya didunia, tidak ia dipelihara dalam melakukannya.

Salepas itu apa lagi yang mahu dihisab?

Kesemua amalam kita, bahkan satu kata yang pernah diungkapkan didunia tidak akan terlepas dihisab pada hari itu.

" Tiada satu katapun yang diungkapkan melainkan padanya ada malaikat yang mengawas " [ Surah Qaaf Ayat:18 ].

Empat [4] perkara besar yang lazim ditanya untuk dihisab.

" Tiadalah bergerak kaki seorang hamba pada hari Kiamat sehinggalah ia ditanya tentang perkara yang empat [4] itu.

- Tentang umurnya, kemana dihabiskan?

- Tentang anggotanya [badannya ], kemana sahaja dibawa?

- Tentang amalannya, apa yang telah dibuat?

- Tentang hartanya, dari mana ia diperolehi, kemana dan caramana ia dibelanjakan?

Ini bererti segala perkara hidup manusia selama didunia akan ditanya dan dihitung.

Sudah semestinya ditanya!!!

Sanggupkah manusia berdusta pada hari itu?

Sudah semestinya tidak!!!

Allah swt akan datangkan kepada kita saksi-saksi sehingga kita tidak akan dapat berkata apa-apa.

Siapakah saksi-saksi itu?

Tangan, kaki, mulut, bumi, bahkan binatang akan jadi saksi.

Pendekatannya:

Tangan berkata - Iya...Ya Allah, sayalah yang mengambil wang riba itu!!!

Iya...Ya Allah, sayalah yang melihat wang riba itu diambil kata mata!!!

Iya...Ya Allah, sayalah yang memakan wang riba itu kata mulut!!!

dan Iya...Ya Allah, sayalah yang melangkah kaki untuk mengambil wang riba itu kata kaki!!!

Apapun perilaku ketika itu dengan memaki hamun anggota tubuh yang dahulunya kita amat berbangga, akan tetapi disaat ini kesemua anggota kita dapat berkata lantas boleh menjawab.

" Allah swt - lah yang boleh membuat kami berkata dan Allah swt - lah yang membuat sega satu itu bercakap ".

Tiada hujah yang dapat diatasi ketika itu, yang mengingkari tetap bersalah, tiada apa yang dapat dinafikan, sedangkan dihadapan kita ada api yang menyala-nyala, amat tersiksa dan mensengsarakan.

Disaat itu manusia akan berkata-kata:

Alangkah baiknya kalau aku didunia tidak menjadi manusia, jadi binatang atau jadi apa sahaja, sedangkan diakhir perjalanan hidup ini akan dikembalikan kepada asalnya, yakni TANAH.

Wallahu a'lam.

arab/notapena/link.

Menemui Para Nabi Serta Syafa'at Rasulullah s.a.w


Lanjutan Dari Coretan Alam Mahsyar: Manusia kemudiannya berusaha untuk berjumpa Nabi Adam, dengan harapan Nabi Adam dapat membantu untuk memohon kepada Allah swt supaya dipercepatkan urusan timbangan itu. Justeru, Nabi Adam lantas menjawab, " diriku diriku ", dewasa ini hanya diriku sahaja yang dapat aku fikirkan, aku tidak berkemampuan. Seterusnya manusia disuruh mencuba untuk menemui Nabi Nuh, kerana ia juga seorang Rasul saperti aku.

Tidak mempunyai cara dan pilihan, manusia akan terus berpusu-pusu[berbondong-bo
ndong] berjalan dengan begitu jauh sekali, akan tetapi tujuan dan hajat untuk menemui yang dihajati tidak terkabul dengan begitu cepat[pantas]. Ujian demi ujian dengan perjalanan yang begitu jauh, telah disebut oleh Imam Ghazali didalam kitabnya " Ihya Ulumidin " yakni memakan masa selama seribu[1,000] tahun lamanya.

Setelah sampai manusia itu tadi kepada yang ingin ditemui, maka mereka lantas memohon kepada Nabi Nuh seperti yang pernah diungkapkan oleh mereka kepada Nabi Adam. Sedih, pilu dan dukacita mereka tidak dapat dibantu, tetap mendapat jawapan yang sama. Seterusnya Nabi Nuh menyuruh akan mereka untuk menemui Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan akhir sekali kepada Rasulullah saw.

Lantas kepada Allah swt, Rasulullah saw berdo'a dan tidak lama kemudian kedengaran suara yang bergema, berbunyi dan mengatakan; Wahai Muhamad; Angkatlah Mukamu; Mintalah Nescaya Akan diKabulkan & Mintalah Bantuan Nescaya Akan DiTurunkan Bantuan !!!.

Dikesempatan itu Rasulullah saw bermohon untuk dipercepatkan urusan timbangan amal mereka, dengan izin Allah swt permohonan do'a daripada Rasulullah saw itu dimakbulkan dan kesemua mereka dibawa kearah timbangan.
Inilah ia 'Syafa'at' Rasululullah saw dan syafaah yang satu ini dapat dirasakan [tanpa terkecuali] oleh semua manusia.
Selain dari itu Rasulullah saw masih mempunyai syafa'ah yang khas untuk umatnya dimana Rasulullah saw telah bermohon sebelum timbangan amal dijalankan.

Apakah permohonan Rasulullah saw kepada Allah swt?

" Ya Allah, berikanlah bantuan kepada umatku untuk mereka tidak perlu menjalani timbangan yang sangat mendebarkan ini ".

Allah swt telah memakbulkan permohonan baginda dan menyeru, " Hai Muhammad; tujuh puluh ribu[70,000] daripada umatmu Ku bebaskan daripada timbangan, bawalah mereka lansung kedalam syurga Ku ".
Lantas Rasulullah saw membawa umatnya yang 70,000 itu terus dimasukan kedalam syurga.

Selepas itu Allah swt memanggil malaikat Malik dan menyeru kepadanya, " Wahai malaikat Malik; yang itu adalah suatu kumpulan dari kalangan orang-orang kafir[ juga yang ingkar], mereka itu kesemuanya tidak payah ditimbang, bawa mereka dan humbankan kedalam neraka jahanam ".

" Dan orang-orang yang ingkar, tidak akan ditanya tentang dosa-dosa yang telah mereka lakukan " [Surah Al-Qoshosh Ayat:78].

Wallahu a'lam.

Sunday, 21 March 2010

Alam Mahsyar.


Lanjutan dari coretan Alam Barzakh, maka satelah manusia merasakan keadaan yang kacau bilau dan huru-hara selama empat puluh[40] tahun dari tiupan sangkakala maka bermulalah tiupan sangkakaka buat kali kedua[2] dimana tujuh[7] lapis bumi dan tujuh[7] petala langit yang tela hancur berterbangan kembali bersatu saperti sedia kala. 
Ia akan terbentuk menjadi satu padang yang amat luas, bagaikan padang jarak padang terkukur, yang digelarkan " Padang Mahsyar ".

Disitulah tempat berkumpul kesemua manusia dan juga dari makhluk yang lain saperti jin dan haiwan, turut dikumpulkan. Disaat itulah kesemuanya akan dibankitkan semula meskipun manusia-manusia itu telah hancur lebur lagi binasa. Dengan pengertian ini, terdetik dibenak kita dengan mengatakan " Sanggupkah Allah swt berbuat sedemikian ".....Mengapa tidak?

Bukankah yang menciptakan langit dan bumi ini mampu untuk menciptakan lagi yang seumpama dengannya.
" Mampu memperlaku sesuatu atas keinginanNya, Dialah Allah swt Yang Maha Pencipta Lagi Maha BerIlmu ".

Sesungguhnya apabila Allah swt menginginkan sesuatu.
" Bahawa Allah swt berkata, jadilah kepadanya maka jadilah ia "[Surah Yassin Ayat: 81 - 82].

Pada ketika dan waktunya semua dibangkitkan kembali untuk dikumpulkan diMahsyar, yakni pada hari Juma'at. Baginda Rasulullah saw adalah yang pertama dibangkitkan, salepas itu kesemua manusia dibangkitkan dengan panca indera yang serba sempurna, baik manusia yang mukmin mahu pun yang kafir.

Manusia diberi sifat yang sempurna dengan mata boleh melihat, telinga boleh mendengar, mulut boleh berkata-kata, tangan boleh digerak[menggapai] dan kaki boleh berjalan, sama saperti didunia, hanya ketika itu manusia dalam keadaan tidak berpakaian.

Rasulullah saw bersabda:
" Manusia dibangkitkan semula pada hari Kiamat dalam keadaan tidak berpakaian, tidak beralas kak i[kaki ayam] dan tidak berkhitan".

Mendegarkan sabda itu, Aisyah lantas bertanya:
" Wahai Rasulullah, bukankah nanti lelaki dan perempuan lantas berpandangan ".

" Wahai Aisyah, pada suasana dan ketika itu tidak berkesempatan bagi manusia untuk menengok manusia yang lain, bahkan semua akan hanya memikirkan diri sendiri ".

Pada hari itu, manusia menjauh daripada saudaranya, ibu dan ayahnya, isteri dan anaknya.
" Semua manusia setiap diri, pada saat dan ketika itu akan benar sibuk yang amat sekali "[Surah Abasa Ayat: 34 - 37].

Apakah yang dimaksudkan dengan kesibukan itu?

Pertamanya: Sesungguhnya, beratnya keadaan pada saat itu,sedangkan matahari yang terik sekali berdekatan dengan kepala selain suasana yang huru-hara.

Keduanya: Saat dan ketika yang lebih menyibukkan pada semua apabila amalan-amalan mereka diperhitungkan [ditimbang]. Ya Allah, apa yang akan terjadi kepada semua manusia yang tiada bekalan ketika itu !!!

Perkara-perkara inilah yang membuatkan manusia begitu sibuk lagi sengsara. Semua manusia berharap supaya timbangan amalan itu cepat diadakan, ada yang memohon dan menyatakan;
" Ya Allah, cepatkanlah timbangan, apapun hasilnya aku tidak kesah, meskipun akhirnya aku akan dimasukkan kedalam neraka, aku tidak tahan lagi Ya Allah diMahsyar ini ".

Berapa lamakah masanya pada saat dan ketika itu?

" Disat para Malaikat dan Jibril naik ke langit, dimana pada saat itu adalah selama lima puluh ribu tahun [50,000] lamanya " [Surah Al-Ma'arij ayat: 4].

Wallahu al'am.

Saturday, 20 March 2010

Alam Barzakh.



Kehidupan akan bertemu kematian, dimana berakhirlah satu episod perjalanan kehidupan didunia ini yang tidaklah begitu lama jangka hayat seseorang itu, hanya diantara 65 - 85 tahun. Perjalanan seterusnya adalah kealam barzakh yakni alam kubur sebagaimana yang telah dijanjikan.

Berapa lama kah akan perjalanan kehidupan dialam barzakh itu?
Perjalanan kesana akan dimulai dengan kematian dan diakhiri dengan kebangkitan.

Bagaimana kah keadaannya dialam barzakh itu?
Satu diantara dua jenis keadaan, apabila diatas dunia kita berjalan dengan petunjuk Ilahi, maka akan bersenang lenang sambil menanti hari berbangkit.
Sebaliknya, apabila saat kehidupan dunia, kita berjalan diatas nafsu serta keinginan kita sendiri, sudah pasti ia akan membawa kepada kesengsaraan lagi merana.

Merujuk kepada sabda Rasulullah saw disaat baginda mendo'akan salah seorang sahabat yang baru sahaja meninggalkan alam dunia untuk perjalanannya kealam barzakh.

" Ya Allah, jadikanlah kuburnya saperti kebun daripada kebun-kebun syurga dan janganlah jadikan kuburannya daripada lubang-lubang api neraka. "

Bilakah berakhirnya episod perjalanan hidup kita dialam barzakh?
Ketentuannya adalah sampai kita dibangkitkan dihari kiamat, sebelum kita dibangkitkan, kita yang terbujur didalam perut bumi akan dimuntahkan oleh bumi keangkasa.

Apabila malaikat Israfil meniup sangkakala pertama maka berseleraklah kita keangkasa bagaikan kapas yang berterbangan.

Allah swt berfirman didalam surah Al-Haaqah: Ayat 13 yang bermaksud;

" Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup, maka diangkatlah bumi dan gunung-ganang, kemudian dibenturkan keduanya sekali bentur, maka pada hari itu terjadilah hari Kiamat. "

Sesiapa yang berat timbangannya, maka ia berada didalam keadaan yang mengembirakan. Adapun orang yang ringan timbangannya, tempat kembalinya adalah Hawiyah.

Apakah itu Hawiyah?
" Hawiyah, iaitu api yang sangat panas nyalanya [Surah Al-Qaari'ah:1 - 11].

Begitulah perjalanan yang akan ditempuhi pada saat sangkakala pertama ditiupkan. Kita akan melambung 
keangkasa kadangkala akan berbentur dengan gunung-ganang dan terhempas kebawah.

Berapa lama kah kita akan berada didalam suasana yang penuh huru-hara itu?

Baginda Rasulullah saw menjawab dalam hadith yang diriwayatkan Muslim:
" Jarak diantara dua sangkakala adalah empat puluh[40] tahun.

Wallahu a'lam.