Tuesday, 10 May 2011

Pengertian Taubat.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Adakah benar taubat seseorang itu yang bersungguh-sungguh serta ikhlas darinya maka diterima oleh Allah SWT?
Sebagaimana hadith Nabi s.a.w.  dari Abi bin Ali Thalib r.a. :


Ertinya :
Tertulis disekitar Arasy sebelum diciptakannya Adam a.s. empat ribu tahun.
" Sesungguh Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman dan berbuat baik." [Tanbihul Ghafilin].

Pada sebuah riwayat :


Bahawasanya Jibril a.s. telah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata ;
Hai Muhammad, sesugguhnya Allah SWT mengirim salam kepada mu dan berfirman, Barang siapa bertaubat dari umat mu, sebelum meninggal waktu setahun maka di terima taubatnya.


Nabi s.a.w. bersabda :
Hai Jibril, satu tahun bagi umat ku  itu banyak yakni terlalu lama sebab kebiasaannya lengah dan banyak angan-angan dan cita-cita keinginannya. 
Lantas Jibril a.s. pergi lalu datang kembali dan berkata ;
Hai Muhammad, sesungguhnya Tuhan mu berfirman .
Maksudnya : 
" Barangsiapa bertaubat sebelum meninggal waktu sebulan, maka di terima taubatnya."


Nabi s.a.w. bersabda :
Hai Jibril, sebulan bagi umat ku itu juga lama.
Lantas Jibril a.s. pergi dan datang kembali dan berkata ;
Hai Muhammad, sesungguhnya Tuhan mu berfirman.
" Barang siapa bertaubat sebelum meninggal waktu satu hari, maka di terima taubatnya.


Nabi s.a.w. bersabda :
Hai Jibril, satu hari bagi umat ku itu cukup lama. 
Maka Jibril punpergi, kemudian kembali lagi dan berkta ;
Hai Muhammad, sesungguhnya Tuhan mu berfirman ;
" Barang siapa bertaubat sebelum meninggal waktu satu jam, maka diterima taubatnya."


Nabi s.a.w. bersabda lagi :
Hai Jibril, satu jam bagi umat ku juga lama.
Lantas Jibril a.s. terus pergi dan datang kembali lalu berkata ;
Hai Muhammad, sesungguhnya, Tuhan mu mengirimkan salam kepada mu dan berfirman ;
" Barang siapa seluruh umurnya dalam durhaka dan belum kembali kepada Ku, melainkan sebelum meninggalnya dalam waktu satu tahun, atau satu bulan, atau satu hari, atau satu jam, sehingga ruhnya sudah sampai di tenggorok [kerongkong] dan tidak mungkin berkata, atau beralasan dengan lisan dan menyesali dengan hatinya, sungguh Aku telah mengampuninya. [Al-Hadith][Zubdatul-Wa'izdina].


Firman Allah SWT yang berbunyi dan maksudnya :

وَهُوَ ٱلَّذِى يَقْبَلُ ٱلتَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِۦ وَيَعْفُوا۟ عَنِ ٱلسَّيِّـَٔاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُون
" Dan Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yang kamu kerjakan. "
[Surah Asy-Syuura ayat : 25]

Firman Allah SWT yang berbunyi dan maksudnya :

وَٱلَّذِينَ عَمِلُوا۟ ٱلسَّيِّـَٔاتِ ثُمَّ تَابُوا۟ مِنۢ بَعْدِهَا وَءَامَنُوٓا۟ إِنَّ رَبَّكَ مِنۢ بَعْدِهَا لَغَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ 
" Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
[Surah AL A'RAAF ayat : 153]

Wallahu a'lam.

Thursday, 10 March 2011

JIWA YANG TENANG ADALAH PERMATA HIDUP.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mudah-mudahan Allah melapangkan dada kita dan dibukakan minda kita dengan ilmu yang bermanfaat. Dan juga yang paling penting ialah dianugerahkan iman dan ketenteraman jiwa supaya kita boleh beribadah kepada Nya dalam suasana yang kusyuk dan bertaqwa.

KETENANGAN & KETENTERAMAN JIWA adalah amat penting di dalam kehidupan seharian kita. Jiwa yang tenang dan tenteram adalah suatu anugerah dari Allah SWT. Dengan jiwa yang tenang kita dapat memikirkan banyak perkara khususnya tentang HIKMAH dari Allah. Dengan jiwa yang tenang juga kita dapat menyelesaikan banyak masalah dan persoalan kehidupan.

KETENANGAN & KETENTERAMAN JIWA RAGA membolehkan kita beriman dan beramal soleh.

Sabda Rasulullah SAW; "Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman." (HR. Ath-Thabrani)

Hati dan jiwa yang tenang, tenteram dan tawaduk itu perlu dibina dan dipupuk atas dasar taqwa. Ia tidak datang dengan sendirinya. Ia mesti diusahakan. Sebab itulah dengan banyak beribadah, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT dapat menenangkan jiwa kita.

Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rad ayat 28 yang bermaksud "Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."

Firman Allah lagi di dalam Surah At-Taghabun [64:11] yang bermakna "Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

APAKAH ANDA MEMILIKI JIWA YANG TENANG DAN TENTERAM ATAUPUN JIWA YANG GELISAH DAN TERTEKAN AKIBAT BANYAK MASALAH DI DALAM HIDUP?
PDA, 
Sent from Heaven
“I convey unto you the messages of my Lord and am for you a true adviser." (Al-Araf [7:68])

Sunday, 20 February 2011

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

View : Click Title...

Saturday, 19 February 2011

الإسلام: One moment In The Name Of Allah, Most Gracious, ...

الإسلام:

One moment In The Name Of Allaah,
Most Gracious, ...
: "One momentIn The Name Of Allaah, Most Gracious, Most Merciful Excuse me!!Would you stop for a moment?!O.. man - woman.. Haven't you though..."

Tuesday, 8 February 2011

Taubat.



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Bertaubat bagi setiap muslim yang mukmin wajib bersungguh-sungguh pada hatinya dan dengan penuh keikhlasan.
Untuk bertaubat bukan sekadar dengan penyesalan dari ungkapan pada lidah sahaja, ia perlu datang dari hati sanubari atau hati batin yang luhur lagi bersungguh-sungguh berserta keinsafan.

Jika pengertian taubat itu dengan secara lisan maka ini akan pasti kembali terjerumus kepada melakukan perbuatan ma'siat yakni balik kepada perbuatan mungkar [dosa-dosa] yang lalu dan sebagainya, bererti telah mempermainkan [memperlekehkan] Allah SWT.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya :
Orang yang meminta serta memohon keampunan dengan lidah tetapi masih meneruskan perbuatan dosanya seakan-akan memperolok-olokkan Tuhannya Allah SWT.

Firman Allah SWT.

Maksudnya :
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah SWT dengan taubatan nasuhaa [taubat yang semurni-murninya]. Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan;
" Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[Surah At Tahrim ayat: 8] 

Ia menuntut kepastian di mana kita semua perlu mengetahui dan memaklumi bahawa taubat itu adalah wajib hukumnya bagi setiap orang muslim mukmin. Kita tidak akan lekang di uji dengan pelbagai ujian, di sepanjang masa, sehinggalah keakhir hayat kita selagi bergelar "Sifat Baru" .

Adakah kita ini begitu kebal dengan ujian Allah SWT ? 
Pertanyaan ini tidak dapat atau perlu di jawab oleh kita, selain memohon dan mengerjakan perkara yang di tuntut dariNya. Di terima atau di sebaliknya satelah kita kerjakan dengan bersungguh-sungguh maka itu bukan urusan kita lagi, berserahlah kepadaNya semoga ia di perkenankan...insyaAllah.

Sebagaimana pula yang termaktub akan perintah-perintah Allah SWT dan hadith-hadith Nabi s.a.w  yang memerintahkan dan menyuruh kita untuk bertaubat kepada Yang Maha Pengampun lagi Maha Berkuasa keatas segala-galanya, maka kita di seru untuk mengerjakan urusan taubat itu dengan menyegerakannya, buatlah seberapa banyak yang mungkin pada setiap waktu yang bersesuaian buat kita., itulah sahaja kekuatan yang kita punyai " mengerjakan apa yang di suruh " , berserahlah Allah SWT dengan seikhlas-ikhlasnya.

Wallahu a'lam.

Kematian.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk Renungan Bersama.

Kematianlah yang paling menghampiri kita, dengan apa jua perjalanan yang di ambil oleh kita di dunia ini pasti ia akan menentukan perjalanan yang selanjutnya [seterusnya].

Bilakah perjalanan dunia ini akan berakhir?
Ya! apabila roh kita di pisahkan kembali daripada jasad [badan] maka berpisahlah roh daripada badan, inilah yang di namakan kematian. Roh akan di cabut melalui ubun-ubun kepala dan ada pula yang di cabut melalui dua kaki kita.
Percabutan roh melalui kaki adalah lebih sengsara daripada melalui ubun-ubun kepala kita.
Rasulullah s.a.w ketika sakratul-maut, roh baginda di cabut melalui kepala dengan cara yang perlahan, itu pun baginda merasa akan kepedihannya.

Siti Aisyah ra berkata:
"Saya melihat Rasulullah s.a.w tengah menghadapi sakratul maut. di sisi baginda ada sebuah besen [takungan] yang berisi air, kemudian baginda mencelupkan tangan kedalamnya lalu mengusapkan kewajahnya seraya berdo'a ; Ya Allah! Tolonglah saya dari kepayahan menghadapi maut ini."
[HR. Imam Turmuzy].

Cuba kita bayangkan, Rasulullah s.a.w sendiri merasakan akan kepayahan sakratul maut sedangkan baginda adalah orang yang suci, yang tidak berdosa.
Bagaimana dengan  nasib kita kelak yang tidak lekang dan sentiasa membuat dosa, himpunan dosa kecil dan besar penuh berlumuran...Subhanallah!!!

Walau apa sekali pun atau bagaimana susahnya sakratul maut akan di tentukan dengan bentuk amalan yang kita lakukan semasa hidup kita di dunia yang penuh dengan ujian ini. Semakin banyak yang kita lakukan perbuatan [perkara] yang tercela dan terkutuk semakin susahlah kita di dalam pencabutan nyawa ini.

Persoalannya, siapa sahaja yang mati?
Terjawab sudah dan pasti, semua manusia akan mati, ia tidak hanya datang kepada orang-orang tua sahaja, malah kepada orang muda juga ia menghampiri [datang]. Tidak kepada lelaki sahaja malah maut juga menghampiri [datang] kepada kaum wanita. Kepada setiap yang bernyawa tetap dan pasti akan mati, itulah ia perjanjian kita dengan Yang Maha Pencipta.


Firman Allah SWT yang berbunyi :


ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًۭا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ


Maksudnya:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
(Surah AL MULK ayat : 2)

Yang pasti tidak ada cara untuk kita kembali ke dunia, peluang itu hanya sekali yang telah di tentukan [tetapkan], bukankah itu yang kita janjikan!!!

Firman Allah SWT yang berbunyi:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌۭ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةًۭ ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya:
Tiap-tiap umat mempunyai ajal; maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya." 
( Surah AL A'RAAF ayat : 34 )


Perjalanan hidup ini mesti di teruskan dengan amalan sedaya mungkin, biarlah sedikit asalkan berterusan. Apabila kematian sudah menghampiri atau pun mati sudah datang kepada kita, di saat itu sudah tidak ada gunanya lagi untuk kita menyesalinya.

Wallahu a'lam.


Darjat Manusia.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Untuk Renungan Bersama:


Allah SWT telah memberi kelebihan kepada manusia di bandingkan dengan makhluk yang lainnya seperti malaikat, jin dan haiwan. Kesempurnaan kejadian manusia yang di ciptakan oleh Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui berunsurkan kepada sifat "Rohani dan Jasmani."

Kesempunaan manusia yang di cipta hanya penciptaNya yang mengetahui akan asal kejadian manusia itu mengikut perspektif dan aspek dari pengertian kekurangan dan kelemahan manusia serta kedudukan darjat dan matlamat seseorang itu. Dari kewujudan hidupnya manusia itu sendiri telah di corak serta di tentukan mengikut takdirnya akan kebaikan dan keburukannya.

Allah SWT telah mencipta manusia dengan seindah-indah dan sebaik-baik kejadian untuk memikul tugasan berat di bumi yang penuh degan panca-roba yang sentiasa bergolak dan serba serbi dugaannya amatlah mencabar.

Kejadian ciptaan Allah SWT ini mengandungi unsur-unsur kebendaan dan kerohanian.

Firman Allah yang bermaksud :
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ".
[ Surah at-Tin Ayat: 4 ]

Allah swt mencipta akan akan manusia dengan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku dengan sebegitu ramai sekali, juga dijadikan dari jantina lelaki dan perempuan.

Firman Allah yang bermaksud :
" Hai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dengan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu akan saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali ".
[ Surah Al-Hujurat ayat : 13 ]

Keindahan dan kesempurnaan kejadian manusia boleh di lihat dari sudut fizikalnya, bentuk dan susunan angotanya, sangat bersesuaian untuk [berfungsi] perfungsiannya. Disamping sifat-sifat fizikalnya, Allah SWT telah mengurniakan sifat kerohanian berbentuk " Akal, Hati dan Jiwa ".
Komposisi dari sifat tabii dan rohani itu akan menterjemahkan sifat-sifat ' Sikap, Geraklaku dan Amalan ' yang positif lagi bernilai kepada manusia yang diciptaNya.

Manusia yang mempunyai kesungguhan akan terus beriman dan bertaqwa, mempercayai akan Tuhan Yang Esa dan akan terus mencintai sesama manusia...InsyaAllah!

Wallahu 'alam.


notapena/arab/links.

Sunday, 6 February 2011

Anggota Keluarga Ahli Syurga.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sebagai Renungan Bersama.

Kebiasaannya yang di takrifkan dan di fahami "Ahli Keluarga" itu terdiri daripada suami isteri [ayah dan ibu], anak-anak dan cucu- cicit.
Apakah suami isteri dan anak-anak sebagai "Ahli Keluarga Syurga" di kumpulkan menjadi satudi alam akhirat [syurga] kelak?
Terdapat ayat di dalam Al Qur'an menyatakan [mengisyaratkan] dengan jelas di mana jika anak-anak cucu mereka itu benar-benar beriman dengan darjat keimananya serta amal solehnya setingkat yang mengikut orang tuanya, maka anak cucu dari keluargaitu akan berkumpul bersama-sama dengan orang tua mereka di dalam syurga.

Firman Allah berbunyi dan bermaksud;

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَنٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَآ أَلَتْنَهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَىْءٍۢ
ۚ كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌۭ

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
[Maksudnya, anak cucu mereka yang beriman itu ditinggikan Allah darjatnya sebagai darjat bapak- bapak mereka, dan di ikumpulkan dengan bapak-bapak mereka dalam syurga.]
(Surah. ATH-THUUR: 21)

Dari surah tersebut dengan jelas kita memahami bahawa keluargadaripada anak cucu dapat bersama-sama berkumpul pada suatu tempat di syurga, asalkan mereka mengikuti orang tua mereka di dalam hal keimanan yakni beramal soleh dan ketakwaan.

Seperkara lagi ia amat jelas sesuatu keluarga yang di pimpin oleh sang suami sebagai ketua keluarga  perlu menitik beratkan kepada keluarganya untuk membimbing mereka kearah perihal pembelajaran pengajian keagamaan Islam yang sempurna.Jika tidak berkemampuan [berkelayakan] untuk membimbing adalah menjadi tanggungjawab dan berkewajipan supaya  mencari guru yang ariff mengenainya dan berserah kepadanya untuk mendapatkan ilmu, khusus mengenai "Ibadat" , ia adalah satu tanggungjawab untuk kaum bapa yang wajib di segerakan.
Kepada Allah SWT di pohon taufiq dan hidayahNya untuk kita sama-sama dirahmati agar dapat menyempurnakan tugasan ini menuju kejalan yang di redhai...insyaAllah!

Wallahu'alam.

notapena/arab/links.