Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah saw sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang seorang pemuda arab lantas masuk kedalam masjid dengan menangis.Apabila Rasulullah saw melihat pemuda itu menangis maka baginda pun terus bertanya, Wahai orang muda kenapa kamu menangis?
Maka dijawab oleh orang muda itu, "Ya Rasulullah saw, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.
Lantas Rasulullah saw memerintahkan Saiyidina Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. pergi mengikut orang muda itu untuk melihat masaalah yang dihadapinya.
Setelah sampai maka dengan terpegun kehairanan Saiyidina Abu Bakar r.a dan Saiyidina Umar r.a. melihat jenazah ayahanda pemuda itu, dimana mendapati ayahanda orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam [semacam babi hutan], maka para sahabat pun bergesas pantas kembali dan memberitahu kepada Rasulullah saw, "Ya Rasulullah saw, kami melihat mayat ayahanda pemuda ini berubah [bertukar] menjadi babi hutan yang sangat hitam."
Tanpa belengah lagi Rasulullah saw dengan pantas bersama-sama para sahabat menuju pergi kerumah orang muda itu, dilihatnya keadaan yang menyayat lagi ngeri itu, lantas baginda pun berdo'a kepada Allah swt, memohon pertunjuk dariNya, dengan izinNya, kembali mayat itu bertukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah saw dan para sahabat mengemaskan jenazah dan menyembahyangkan [solat jenazah] mayat tersebut. Sudah selesai urusan solat tadi, maka mayat itu segera untuk dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah kembali menjadi seperti babi hutan yang hitam itu tadi.
Rasulullah saw pun terus bertanya kepada pemuda itu, wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia? Maka berkata orang muda itu, Ya Rasulullah saw, sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat sewaktu hayatnya.
Kemudian Rasulullah saw pun bersabda; Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang sewaktu hayatnya. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah swt seperti babi hutan yang sangat hitam.
Dizaman Saiyidina Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat simati.
Lantas mereka cuba membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah !!! Mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah, Allah swt yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.
Lalu para sahabat bertanya, apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini? Maka berkata ular itu, dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk bersolat.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.....wallahualam!!!





