Thursday, 20 May 2010

Pengimarahan & Memuliakan Masjid.



Masjid itu rumah Allah swt, ianya wajib ditakrifkan sebagai salah satu komponen yang tidak boleh dipisahkan khusus daripada masyarakat Islam muslim sejagat, apakah lagi dengan jemaah-jemaah masyarakat setempat.

Ia adalah tempat yang bersesuaian lagi tepat untuk mendidik dari perihal keagamaan terutamanya melibatkan bimbingan praktikal kepada beribadah. Praktikal seperti solat berjemaah lima waktu, berkhutubah dan solat jumaat dan seterusnya mempelajari Al-Quranul Karim. Selainnya masyarakat dapat merujuk kepada kitab-kitab ilmuan agama yang sahih daripada perpustakaan atau pun dari sumber-sumber lain serta bahan-bahan rujukan yang dapat dimanfaatkan. Biasanya sudah dirancang akan kuliah bulanan yang sering diadakan melibatkan ilmuan yang diajar oleh guru-guru[ustaz,imam,dll] yang terlatih dan bertauliah. 

Masjid secara lojiknya dapat diertikan tempat bersujud, oleh kerana setidak-tidaknya seseorang muslimin dapat melaksanakan solat lima waktu pada waktunya dan bersujud kepada Allah swt disamping dapat mentelaah kitab-kitab yang tersedia adanya.

Fungsi masjid bukan hanya menjurus kepada tempat bersolat semata-mata, malah ia sepatutnya berfungsi sebagai tempat berlangsungnya kegiatan-kegiatan sosial kemasyarakatan, aktiviti-aktiviti pentadbiran kebudayaan islam, pusat pendidikan selain ianya tempat untuk beribadah.

Kedudukan masjid itu sendiri patut diimarahkan sebagai pusat untuk jemaah-jemaah yang datang dari merata-merata untuk mendapatkan bimbingan pendidikan dari imam-iman, guru-guru[mursyid] dan ustaz-ustaz yang berkelayakan serta bertauliah untuk membimbing jemaah-jemaah yang ingin berguru. 
Jika ini diadakan secara agresif dan menyeluruh, maka yang akan mendapat faedahnya adalah masjid itu sendiri, ia boleh merupakan menifistasi [universal] mengikut sistem dan struktur yang diperuntukan didalam membentuk ilmuan Islam secara menyeluruh.

Dari zaman Raslullah saw masjid telah diimarahkan tanpa had dan disitulah pada awalnya orang-orang Islam mempelajari ilmu secara berintraksi dan berkomunikasi diantara ulama-ulama [guru-guru mursyid], ustaz-ustaz dan jemaah-jemaah sesama sendiri.

Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

" Sesiapa pun yang mencintai Allah swt, harus mencintai aku. Sesiapa pun yang mencintai aku harus mencintai sahabat-sahabatku. Sesiapa pun yang mencintai sahabat-sahabatku harus mencintai Al-Qur'anul Karim. Sesiapa pun yang mencintai Al-Qur'anul Karim harus mencintai Masjid.

Masjid itu rumah Allah swt maka Yang Maha Esa telah memerintahkan manusia untuk memuliakannya. Allah swt telah memberkati masjid dan orang-orang yang menempatinya untuk urusan beribadah dan menuntut ilmu yang sebenarnya. Manusia akan selalu dmendapat perlindungan dari Allah swt ketika berada dimasjid dengan tujuan untuk beribadah kerana masjid itu senentisa didalam perlindunganNya.
Para jemaah yang mendirikan solat dimasjid-masjid maka Allah swt akan memakbulkan do'a-do'a mereka dan memenuhi akan permohonan mereka selain melindungi akan harta benda mereka selagi mereka berada di dalam masjid ".

Nyata karektoristik masjid itu sangat-sangat tinggi darjatnya disisi Allah swt. 

Pengertian dari aspek pratikalitinya untuk mengimplimentasikan secara menyeluruh perlulah dikaji mengikut pada tempat [bandar, daerah, kampung, dll], dan kaedah semasa yang bersesuaian.

Wallahu'alam.

Tuesday, 4 May 2010

Al-Quran [Renungan2].









Renungan 2 [Al'Quranul Karim].


Keterangan [Catatan umum tidak menjuruskan kepada hukum-hukum]:

Al'Quran adalah sebuah kitab 'aqidah dan syariat [kepercayaan dan undang-undang], ia membicarakan tentang amal ibadat serta merumuskan akan perlembagaan tentang sistem kehidupan duniawi.

Ia meliputi undang-undang keluarga [family law], hukum-hukum jual beli [commercial law] dan peraturan perbicaraan harian [civil law], hukum jenayah [criminal law] dan balasan-balasannya, juga sistem perhubungan diantara satu sama lain, perhubungan kumpulan dengan kumpulan dan perhubungan-perhubungan antarabangsa [international relations].
 

Disamping ini segala sumber-sumber ilmu adalah teras kepada ilmu-ilmu Allah swt dengan ajaran-ajaran yang diutus untuk seluruh umat manusia yang beragama Islam.

Al'Quranul Karim ialah sebuah kitab yang tiada sedikit pun kebatilan, diturunkan oleh penciptanya Allah swt yang Maha Bijak dan Amat Terpuji.

Ayat yang pertama [mula-mula] diturunkan ialah " Iqra' " yang bermaksud " Bacalah ".
Al'Quran mempunyai ilmuan tafsir, tasauf, balaghah, falsafah, nahu,syaraf, manthiq, maani dan banyak lagi.
Ia memerlukan kecenderungan untuk mengupas akan isi dan inti pati darinya, mesti mempunyai guru yang sahih dan mahir[untuk mempepelajari dari aspek-aspek yang diatas].

Rasulullah saw tidak pandai membaca dan menulis, Jibril mengajarnya sehingga Baginda Rasullah saw dapat melafazkan ayat-ayat yang diturunkan itu.
Jibril membacakan kepada Rasulullah saw sampai Baginda ingat dan hafal dengan betul, yakni sampai fasih dan tidak akan lupa.

[ Surah Al-A'la ayat:6] yang bermaksud:
" Kami akan membacakan [Al'Quran] kepadamu [Muhammad] maka kamu tidak akan lupa ".

Rasulullah saw membacanya dengan lancar dan suara yang terang,tidak tergesa-gesa[terburu-buru]
. Dibaca satu demi satu ayat, tidak disambung-sambung tanpa henti[yakni tiada perhentian [wasal].

Penciptanya Allah swt menceritakan hal-hal yang lalu, sekarang dan hari kemudian, kesemuanya tertulis didalam Al'Quranul Karim.

Wassallam

Al-Quran [Renungan1].






Renungan 1 [Al'Quranul Karim]

Keterangan:

Al'Quran ertinya bacaan.

Al'Quran mengandungi ilmu tauhid,tasawuf,fikah,sejar
ah,ilmu jiwa.akhlak,ilmu alam dll.

Ayat-ayat tidak diturunkan sekali semua serentak[sekali gus]. Ia diturunkan menurut asbabun nuzul, satu atau dua ayat, tiga atau empat sekali diturunkan.

[AQ. Surah Al-Furqan ayat:32]yang bermaksud...
" Al'Quran tidak diturunkan sekali gus, tetapi diturunkan secara beransur-ansur agar dengan cara demikian hati nabi Muhammad saw menjadi kuat dan tetap".

Surah-surah yang panjang-panjang memakam masa berbulan lamanya, ada diantaranya memakan tahun.
Segala penceritaan dan soal jawab adalah lengkap dan termaktub.

Ianya diturunkan selama dua puluh tiga[23] tahun, tiga belas[13] tahun diMekah dan selama sepuluh[10] tahun diMadinah.
Ia mengandungi seratus empat belas[114] surah bersamaan enam ribu dua ratus tiga puluh enam[6,236] ayat. Diturunkan terus menerus oleh Allah swt [min ladun] dan Jibril [Ar Roh Al-Amin]
hanya diutuskan untuk penghantaran kepada Nabi yang bergelar Al-Amin.

Ianya diturunkan berbahasa arab quraisy dan jika ia dialih kebahasa lain maka tidak bolehlah ia dinamakan Al'Quran.
Disini manusia dituntut wajib untuk membacanya dan beramal dengannya, ia akan hilang dan kembali kepada penciptanya Allah swt jika tidak diamalkan.

Wallahu'alam.

[Sumber: Prof.Dr.Hamka Almarhum...Al Fatihah].

Surah Al-Falaq & An-Naas.




Surah Al-Falaq.

Ertinya:

Katakanlah hai [Muhammad], Aku berlindung pada tuhan yang memelihara falaq,dari kejahatan sesuatu yang dijadikanNya, dan dari kejahatan malam apabila ia gelap, dan dari kejahatan [perempuan-perempuan] penyihir yang meniup pada buhul-buhul [talinya],dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.

Surah An-Nas.
 
Ertinya:

Katakanlah hai [Muhammad], Aku berlindung pada Tuhan yang memelihara manusia, raja manusia, sembahan manusia, dari kejahatan bisikan syaitan yang bersembunyi, yang membisikan kedalam dada manusia, dari golongan jin dan manusia.

Kedua-dua surah ini mempunyai beberapa khasiat diantaranya:

- Saiyidina 'Ali menerangkan Rasulullah saw pernah digigit kala, kemudian baginda mengambil air garam lalu dibacanya surah Al-Falaq dan surah An-Nas dan disapukan pada anggota yang digigit kala tadi.

- Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah ia membaca surah Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 41 kaki selama 3 hari, lima hari atau 7 hari.

- 'Uqbah menerangkan bahawa Rasulullah saw berkata kepadanya, "Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah tidak terdapat bandingannya dalam Zabur,Taurat dan Injil" . Saya menjawab, baiklah ya Rasulullah, kemudian Rasulullah saw membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas.

Dan beberapa lagi khasiat yang memberi akan perlindugan bermanfaat jika diamalkan dengan sempurna umpamanya dari Saiyidah Aisyah, Sayidina 'Ali, dll....

Wallahu'alam.

Saturday, 1 May 2010

Do'a & Dzikir.





Dzikir.
  
Dzikirullah sudah diketahui oleh umat Islam semenjak kelahiran agama Islam. Dzikir yang ulung [pertama] kali dibaca oleh Rasulullah saw kepada umatnya adalah kalimat " Laa ilaha illallah ".

Banyak pendekatan yang perlu diketahui mengenai pendekatan berdzikir dan caranya.
Dzikir yang diulang-ulang yakni secara berwirid, dzkir dengan mengeraskan [kuatkan] suara yakni berazan, takbiran serta bertalbiah, dzikir didalam hati [sunyi] atau sirri, berdzikir dengan fikiran yakni bertafakur dan berdzikir dengan keadaan bergerak, berdiri, duduk, berbaring dan juga pada ketika berkerja.

Berdzikir ini adalah satu ketetapan yang boleh dijadikan satu penerapan terapi kepada mental dan pemikiran untuk mencapai ketahap kesedaran ketuhanan yang tinggi, stabil serta ia akan membersihkan diri seseorang. Secara tidak langsung ia merupakan keupayaan yang jitu mengerakkan rohani seseorang menuju kepada Allah swt.

Disaat kita menyebut akan nama Allah swt, seharusnya dengan serentak [sama-sama] mengarahkan jiwa kita kepadaNya dan kembali juga kepadaNya. 
Pendekatannya kita akan secara sedar memberi ruh kita untuk menerima bimbingan dan tontonanNya serta diterangi oleh sinarNya...insyaAllah!!!

Do'a.

Lazimnya selalu kita mempersembahkan diri kepada Allah swt untuk memintaan-minta dan memohon pertolongan serta petunjukNnya.

Sudah siap dan bersedia kah kita?

[Ya Allah kepada Mu aku menyembah dan kepada Mu aku bermohon...]
Permohonan berdo'a terhadap Yang Maha Berkuasa memerlukan ketekunan berserta keikhlasan, tertib mebulatkan hati bertekad dan memohon.

Ada sesetengah orang berpendapat hanya yang benar-benar bersih dihatinya dan mempunyai ilmu yang tinggi [ilmu agama] sahaja akan dikabulkan segala do'a-do'a mereka, sedangkan orang yang hatinya tidak bersih juga akan dikabulkan do'anya...insyaAllah!!!
Segala-galanya diatas ketentuan dan kehendakNya. 

Pendekatan sebegini boleh mengelirukan, dimana Allah swt akan tetap menyahut do'a daripada hambanya, hanya kita perlu bersabar dan berkeyakinan diterima dan dimakbulkan olehNya, saat masa dan ketika yang akan jadi penentu.

Surah An Nuur ayat:21 yang bermaksud:

"Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu sekelian, nescaya tidak seorang pun dari kamu yang bersih [dari perbuatan keji dan mungkar itu] selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Wallahu'alam.