Thursday, 20 May 2010

Pengimarahan & Memuliakan Masjid.



Masjid itu rumah Allah swt, ianya wajib ditakrifkan sebagai salah satu komponen yang tidak boleh dipisahkan khusus daripada masyarakat Islam muslim sejagat, apakah lagi dengan jemaah-jemaah masyarakat setempat.

Ia adalah tempat yang bersesuaian lagi tepat untuk mendidik dari perihal keagamaan terutamanya melibatkan bimbingan praktikal kepada beribadah. Praktikal seperti solat berjemaah lima waktu, berkhutubah dan solat jumaat dan seterusnya mempelajari Al-Quranul Karim. Selainnya masyarakat dapat merujuk kepada kitab-kitab ilmuan agama yang sahih daripada perpustakaan atau pun dari sumber-sumber lain serta bahan-bahan rujukan yang dapat dimanfaatkan. Biasanya sudah dirancang akan kuliah bulanan yang sering diadakan melibatkan ilmuan yang diajar oleh guru-guru[ustaz,imam,dll] yang terlatih dan bertauliah. 

Masjid secara lojiknya dapat diertikan tempat bersujud, oleh kerana setidak-tidaknya seseorang muslimin dapat melaksanakan solat lima waktu pada waktunya dan bersujud kepada Allah swt disamping dapat mentelaah kitab-kitab yang tersedia adanya.

Fungsi masjid bukan hanya menjurus kepada tempat bersolat semata-mata, malah ia sepatutnya berfungsi sebagai tempat berlangsungnya kegiatan-kegiatan sosial kemasyarakatan, aktiviti-aktiviti pentadbiran kebudayaan islam, pusat pendidikan selain ianya tempat untuk beribadah.

Kedudukan masjid itu sendiri patut diimarahkan sebagai pusat untuk jemaah-jemaah yang datang dari merata-merata untuk mendapatkan bimbingan pendidikan dari imam-iman, guru-guru[mursyid] dan ustaz-ustaz yang berkelayakan serta bertauliah untuk membimbing jemaah-jemaah yang ingin berguru. 
Jika ini diadakan secara agresif dan menyeluruh, maka yang akan mendapat faedahnya adalah masjid itu sendiri, ia boleh merupakan menifistasi [universal] mengikut sistem dan struktur yang diperuntukan didalam membentuk ilmuan Islam secara menyeluruh.

Dari zaman Raslullah saw masjid telah diimarahkan tanpa had dan disitulah pada awalnya orang-orang Islam mempelajari ilmu secara berintraksi dan berkomunikasi diantara ulama-ulama [guru-guru mursyid], ustaz-ustaz dan jemaah-jemaah sesama sendiri.

Anas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

" Sesiapa pun yang mencintai Allah swt, harus mencintai aku. Sesiapa pun yang mencintai aku harus mencintai sahabat-sahabatku. Sesiapa pun yang mencintai sahabat-sahabatku harus mencintai Al-Qur'anul Karim. Sesiapa pun yang mencintai Al-Qur'anul Karim harus mencintai Masjid.

Masjid itu rumah Allah swt maka Yang Maha Esa telah memerintahkan manusia untuk memuliakannya. Allah swt telah memberkati masjid dan orang-orang yang menempatinya untuk urusan beribadah dan menuntut ilmu yang sebenarnya. Manusia akan selalu dmendapat perlindungan dari Allah swt ketika berada dimasjid dengan tujuan untuk beribadah kerana masjid itu senentisa didalam perlindunganNya.
Para jemaah yang mendirikan solat dimasjid-masjid maka Allah swt akan memakbulkan do'a-do'a mereka dan memenuhi akan permohonan mereka selain melindungi akan harta benda mereka selagi mereka berada di dalam masjid ".

Nyata karektoristik masjid itu sangat-sangat tinggi darjatnya disisi Allah swt. 

Pengertian dari aspek pratikalitinya untuk mengimplimentasikan secara menyeluruh perlulah dikaji mengikut pada tempat [bandar, daerah, kampung, dll], dan kaedah semasa yang bersesuaian.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment