Thursday, 29 April 2010

Tazkirah Senda Loka!



SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA........... 

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
 

Siapakah orang yang manis senyumanya?
 
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
 

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
 

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
 

Siapakah orang yang rugi?
 
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
 

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
 
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
 
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
 

Siapakah orang yang mempunyai akal?
 
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
 

Siapakah org yg KEDEKUT ?
 
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan

Tuesday, 20 April 2010

Musibah Gunung Berapi DiIceland.






Kejadian meletupnya gunung berapi diIceland adalah begitu buruk dan menakutkan, ia diibaratkan satu mimpi ngeri yang tidak dapat dilupakan. Kesannya telah mengugat akan ekonomi disektor pengangkutan udara dirantau europa dimana telah melibatkan kerugian mencecah ratusan juta sehari. Jika keadaan ini tidak terkawal, maka ia akan melumpuhkan syarikat-syarikat penerbangan dan pengangkutan udara, berkemungkinan syarikat-syarikat tersebut akan menggulung tikar.

Disamping kejadian ini sudah banyak musibah kebelakangan ini yang ditunjukan oleh Maha PenciptaNya saperti musibah tsunami,gempa bumi,tanah runtuh,angin kencang[ribut taufan] dan berbagai lagi petanda-petanda yang sudah semestinya wajib dijadikan iktibar.

Jelas Allah swt telah mengingatkan kita semua sebagai amaran awal bahawa kedatangan kabut dari langit adalah mengazabkan.

Marilah kita sama-sama mengambil iktibar ini untuk direnungkan bersama akan kebesaran Allah swt, apa yang berlaku adalah diatas ketentuanNya.

[ Surah Ad-Dukhaan:10 -12]

Maksudnya:

" Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia, inilah azab yang pedih ".

[Surah Ali -Imran:190 - 191]

Maksudnya:

" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal yaitu orang-orang yang mengingatkan Allah swt sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang langit dan bumi ".

Tidaklah saya menterjemahkan akan kejadian tersebut menyamai sebagaimana yang dimaksudkan, akan tetapi pendekatan surah-surah diatas yang termaktub maksudnya adalah mempunyai persamaan yang diperuntukan oleh Allah swt.

Marilah kita bersama merenungkan dan seterusnya dapat menterjemahkan akan kejadian tersebut, dimana saya berpendapat bahawa petanda ini adalah tanda kedatangannya hari akhir [khimat]. 

Perlu kita mengetahui dan mengingati akan fenomena alam adalah kebesaran dan kekuasaan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Segalanya.


Laa Ilaaha Illaa Anta Subhaanaka Innii Kuntu Minazh Zhaalimiin.

" Tidak ada Tuhan kecuali Engkau Ya Allah, Engkau Maha Suci, sesungguhnya aku termasuk orang2 yang berdosa ".

Maka sesungguhnya tidak dibaca oleh seorang muslim untuk sesuatu kecuali akan dijawab do'anya oleh Allah swt. [HR. Ahmad, Tarmidzi, Nasai dan Baihaqi].



Wallahu 'alam.


notapena/arab/links.

Thursday, 15 April 2010

Perangi Maksiat.

Sedutan Khutbah Jumaat [19-Feb-2010], Semoga Bermanfaat...

 Muslimin Muslimat Yang Dikasihi Sekalian,

 Pada 19 Februari 2010 pihak berkuasa mengadakan Hari Anti Dadah Kebangsaan sebagai peringatan bahawa dadah menjadi ancaman utama kesejahteraan masyarakat dan negara. Hakikatnya bukan dadah, penagih dan pengedarnya sahaja, malah gejala maksiat lain seperti ketagihan arak, ketagihan seks, bersyubhat melakukan kezaliman dan penipuan, tahi judi, jenayah rasuah, salah guna kuasa juga adalah sebahagian dosa besar yang menjadi musuh utama negara dan agama Islam. Pada prinsipnya mereka yang terlibat dengan maksiat dan perbuataan berdosa besar telah hilang kewarasaan akal kerana merosakan nama baiknya dan menimbulkan kegelisahaan dalam masyarakat. Perbuatan-perbuatan ini sebenarnya semakin menjauhkan diri seseorang daripada Allah.

Kadangkala dengan hanya satu perbuatan maksiat sahaja boleh menghancurkan nilai kehidupan dan menyebabkan kerugian sepanjang hayat di dunia dan akhirat. Oleh itu, usaha membanteras, memerangi maksiat dan perbuatan berdosa tidak boleh dibuat berdasarkan kes-kes terhad atau oleh agensi tertentu tetapi perlu dibuat secara menyeluruh di seluruh negara selari dengan kehendak syariat Allah.

Selari dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kebimbangan kita terhadap perkembangan maksiat di negara ini setiap hari, maka amat wajar sekali mimbar menyeru Satu Malaysia, seluruh ibu bapa dan anggota masyarakat berusaha dengan ikhlas memerangi maksiat.

Bagaimana pun mimbar amat sedih kerana terdapat segelintir umat Islam yang mengakui dirinya dan melafaz dibibir bahawa Islam adalah agama yang baik, solat itu baik, kalimah Allah adalah hak Islam tetapi secara diam-diam mengatakan dalam hati dan fikirannya bahawa maksiat itu adalah urusan individu dan mereka tiada upaya melawan kehendak nafsu demi memperkukuhkan kepentingan diri sendiri.

Mimbar mengingatkan bahawa pencemaran jiwa dan hilang kewarasan akal telah menggugat Satu Malaysia dalam usaha memerangi maksiat. Sabda Rasullullah SAW yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir:



Maksudnya: “ Ingat! Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal darah, Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya, Ingatlah! Itulah hati.” (Hadith Muttafaqun ‘Alaih)

 

Berdasarkan hadith tadi, jelas jiwa yang tercemar telah menyesatkan dan memalingkan hati manusia menjauhi Allah SWT. Satu lagi perkara yang saling kait mengait dengan hati yang menjadi penghalang Satu Malaysia memerangi maksiat ialah hawa nafsu. Firman Allah dalam surah Saad, ayat 26:



Maksudnya: “Wahai Daud, sesungguhnya kami telah jadikan kamu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan benar; dan janganlah kamu menurut nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan jalan Allah itu. ”

 

Muslimin Yang Dikasihi Sekalian,

 

Mimbar ingin mengingatkan kepada penegak-penegak maksiat dan pengamal dosa besar, jangan berseronok dengan perbuatan keji dan bergembira melihat mangsa diperlaku dengan zalim. Setiap perbuatan keji itu ada pembalasan yang setimpal dengannya sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Di samping itu, mereka juga akan menghadapi kesan buruk sewaktu menghadapi saat kematian atau sakaratulmaut.   Firman Allah dalam surah al-Waaqi’ah, ayat 88-89:



Maksudnya: “ Kesudahannya jika ia (yang mati itu) dari orang Muqarrabiin. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta syurga kenikmatan.”

 

Mereka yang dipermudahkan dan disenangkan ketika menghadapi nazak ialah mereka yang beriman dan beramal kebajikan secara ikhlas. Allah mengutus berpuluh-puluh Malaikat Rahmat untuk menghibur hatinya ketika menghembuskan nafas terakhir, berpisah meninggalkan anak isteri dan keluarganya sehingga dia menghadapi mati dengan tenang, mudah, bahagia dan gembira. Manakala bagi orang yang terlibat dengan dosa besar dan maksiat menghadapi kesukaran dan keperitan yang bertindih-tindih ketika nazak. Firman Allah dalam surah al-Qiyamah, ayat 29:



Maksudnya: “ Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. ”.

 

Orang yang yang disukarkan nazak ialah orang yang mendustakan agama, tidak mengerjakan solat, sombong dan jahat, serta bergelumang dengan dosa demi dosa. Ketika menghadapi nazak atau sakarataulmaut itu, Allah memperlihatkan kepada dirinya segala dosa yang dilakukan, seluruh penderitaan zahir dan batin mangsa-mangsa perbuatannya dikumpulkan dan ditayangkan kepadanya ketika menghadapi saat kematian. Kalau dia membunuh diperlihatkan perbuatan pembunuhan itu. Jika dia menzalimi orang, maka diperlihatkan kezaliman yang dilakukan.

Di dalam beberapa hadith disebutkan mereka juga dijerkah oleh Malaikat Maut dan diperlihatkan kepadanya azab seksa api neraka. Keperitan dan kesakitan menghadapi sakaratulmaut menyebabkan mati dalam keadaan kufur tidak sempat mengucap dua kalimah syahadah. Malah kadangkala di pertunjukkan kelakuan buruk kepada ahli-ahli yang hadir menziarahinya yang menjatuhkan nama baik dan pangkat yang diperolehi. Dengan demikian berwaspadalah dan jagalah tingkahlaku semasa kita hidup.

 Keperitan sakaratulmaut tidak dapat dibayangkan dan tidak dapat dibandingkan dengan kesakitan di dunia ini. Rasulullah sendiri merasakan sakitnya di waktu saat kematiannya sehingga baginda membasahi sehelai kain dengan air kemudian mengusapi diwajahnya sambil bersabda, “ Tiada Tuhan melainkan Allah. Sesungguhnya bagi setiap kematian itu ada sakaratulmaut. Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratulmaut" 


Walaupun Rasulullah SAW terpelihara daripada dosa, namun baginda juga meninggal dunia seperti orang lain menghadapi proses sakaratulmaut, menghadapi kesakitan apatah lagi kita manusia yang tidak dapat lari melakukan perbuatan berdosa.

Muslimin Yang Dikasihi Allah,

Mengakhiri khutbah mimbar menyeru jemaah dan umat Islam sekalian, ingatlah dan insaflah semasa masih sihat, masih berkuasa dan bertenaga, marilah kita Satu Malaysia memerangi maksiat, Satu Ummah mendekatkan diri kepada Allah dengan terus kekal bertaqwa kepada Allah. 

Untuk menghindarkan diri kita dari kesukaran menghadapi sakaratulmaut, nazak yang perit yang tidak dapat dibayangkan kesukaran di saat kematian, marilah kita sekalian mempertebalkan keimanan kepada Allah, memperbanyakan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur, menjauhi segala perbuatan berdosa dan maksiat.

Maksudnya: “Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada [Allah swt] yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan [serta membalasnya]”. [Surah al-Jumu’ah: 8].

Darjat Manusia.




Allah swt telah memberi kelebihan kepada manusia dibandingkan dengan makhluk yang lain seperti malaikat, jin dan haiwan. Kesempurnaan kejadian manusia yang diciptakan oleh yang ' Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui berunsurkan kepada sifat ' Rohani dan Jasmani '.

Kesempunaan manusia yang dicipta, hanya penciptaNya yang mengetahui akan asal kejadian manusia itu. Aspek dari pengertian kekurangan dan kelemahan manusia mengikut kedudukan, darjat dan matlamat dari kewujudan hidupnya manusia itu telah ditentukan mengikut takdir akan kebaikan dan keburukannya.

Allah swt telah mencipta manusia dengan seindah indah dan sebaik-baik kejadian untuk memikul tugasan berat dibumi yang serba serbi mencabar ini. Kejadian ciptaan Allah swt ini mengandungi unsur unsur kebendaan dan kerohanian.

[ Al'Quran Surah at-Tin Ayat: 4 ] - yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ".

Allah swt mencipta akan akan manusia dengan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku dengan sebegitu ramai sekali, juga dijadikan dari jantina lelaki dan perempuan.

[ Al'Quran Surah Al-Hujurat ayat: 13 ] - yang bermaksud:

" Hai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dengan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu akan saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah swt ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali ".
 

Keindahan dan kesempurnaan kejadian manusia boleh dilihat dari sudut fizikalnya, bentuk dan susunan angotanya, sangat bersesuaian untuk [berfungsi] perfungsiannya. Disamping sifat-sifat fizikalnya, Allah swt telah mengurniakan sifat kerohanian berbentuk " Akal, Hati dan Jiwa ".

Komposisi dari sifat tabii dan rohani itu akan menterjemahkan sifat-sifat ' Sikap, Geraklaku dan Amalan ' yang positif lagi bernilai kepada manusia yang diciptaNya.

Manusia yang mempunyai kesungguhan akan terus beriman dan bertaqwa, mempercayai akan Tuhan Yang Esa dan akan terus mencitai sesama manusia.

Wallahu 'alam.


notapena/arab/links.

Tuesday, 13 April 2010

Sifat Marah.



Rasulullah s.a.w Bersabda:

" Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar disisi Allah swt, daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah swt ".

Bukankah orang yang gagah perkasa itu orang yang kuat?
Akan tetapi, pengertian pada yang gagah perkasa dan kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.

" Sesungguhnya Allah swt menyukai sifat-sifat lemah lembut didalam setiap perkara "

Sifat-sifat bodoh atau jahil itu adalah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah yang dihasilkan dari watak keangkuhan. Sesiapa jua yang dirinya redha dalam keadaan jahil atau bodoh, tiada kesabaran yang akan membawa kepada sifat keangkuhan maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi ataupun bertimbang rasa.

Oleh kerana sifat bertoleransi itu adalah sifat yang baik lagi mulia disisi Allah swt, maka kejahilan serta keangkuhan itu pula adalah sifat-sifat yang amat buruk, sudah pasti ia akan mendatangkan banyak perkara yang berunsur negatif dan memudaratkan.

Mengambil wuduk dan beristighfar adalah salah satu jalan yang boleh dapat mengawal sifat-sifat marah dan seterusnya boleh meruntuhkan tipu daya syaitan iblis serta dapat menghancurkan kesesatan yang dirasuk oleh makhluk yang dilanat oleh Allah swt itu.
Semoga ianya akan menjadi penawar hati yang marah, sesungguhnya hati akan tunduk kepada Allah swt yang Maha berkuasa diatas segalanya.

Sifat marah itu adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang gelisah, meronta-ronta dan memberontak, ia sama sekali tidak akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan jiwa, oleh itu kawallah diri melalui jiwa kerohanian dengan sentiasa mengingatii akan Allah swt, supaya jiwa akan selalu tenteram tenang terkawal disepanjang masa, InsyaAllah! akan dirahmati dan diberkati dengan izinNya...ameen!!!

Didalam apa jua keadaan dan situasi, lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam yang begitu kerdil disisi Allah swt wajib dengan seikhlas-ikhlasnya mendukung prinsip-prinsip keagamaan mengikut ajaran Rasulullah saw, sudah semestinya diamanahkan dengan tangunggungjawab didunia sebagai khalifah yang bijaksana serta bertaqwa, memuhasabahkan diri dengan banyak berzikir kepada Allah swt adalah contoh yang terbaik dan dimuliakan.

Berpandukan kepada kesedaran dan kesabaran maka dapatlah kita menterjemahkan kepada sifat-sifat kematangan dengan seikhlas-ikhlasnya.

Notapena/arab/links.

I - Iman
K - Keadilan/Kewajipan
H - Hak
L - Luhur
A - Amanah
S - Sujud

Wallahu'alam.