Tuesday, 13 April 2010

Sifat Marah.



Rasulullah s.a.w Bersabda:

" Tiada hamba yang meneguk air lalu mendapat ganjaran lebih besar disisi Allah swt, daripada hamba yang meneguk air menahan kemarahan kerana Allah swt ".

Bukankah orang yang gagah perkasa itu orang yang kuat?
Akan tetapi, pengertian pada yang gagah perkasa dan kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.

" Sesungguhnya Allah swt menyukai sifat-sifat lemah lembut didalam setiap perkara "

Sifat-sifat bodoh atau jahil itu adalah watak kedegilan yang dipimpin oleh sifat marah yang dihasilkan dari watak keangkuhan. Sesiapa jua yang dirinya redha dalam keadaan jahil atau bodoh, tiada kesabaran yang akan membawa kepada sifat keangkuhan maka baginya tidak perlu lagi bersifat toleransi ataupun bertimbang rasa.

Oleh kerana sifat bertoleransi itu adalah sifat yang baik lagi mulia disisi Allah swt, maka kejahilan serta keangkuhan itu pula adalah sifat-sifat yang amat buruk, sudah pasti ia akan mendatangkan banyak perkara yang berunsur negatif dan memudaratkan.

Mengambil wuduk dan beristighfar adalah salah satu jalan yang boleh dapat mengawal sifat-sifat marah dan seterusnya boleh meruntuhkan tipu daya syaitan iblis serta dapat menghancurkan kesesatan yang dirasuk oleh makhluk yang dilanat oleh Allah swt itu.
Semoga ianya akan menjadi penawar hati yang marah, sesungguhnya hati akan tunduk kepada Allah swt yang Maha berkuasa diatas segalanya.

Sifat marah itu adalah cerminan kalbu keperibadian jiwa yang gelisah, meronta-ronta dan memberontak, ia sama sekali tidak akan membawa kepada ketenteraman dan ketenangan jiwa, oleh itu kawallah diri melalui jiwa kerohanian dengan sentiasa mengingatii akan Allah swt, supaya jiwa akan selalu tenteram tenang terkawal disepanjang masa, InsyaAllah! akan dirahmati dan diberkati dengan izinNya...ameen!!!

Didalam apa jua keadaan dan situasi, lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam yang begitu kerdil disisi Allah swt wajib dengan seikhlas-ikhlasnya mendukung prinsip-prinsip keagamaan mengikut ajaran Rasulullah saw, sudah semestinya diamanahkan dengan tangunggungjawab didunia sebagai khalifah yang bijaksana serta bertaqwa, memuhasabahkan diri dengan banyak berzikir kepada Allah swt adalah contoh yang terbaik dan dimuliakan.

Berpandukan kepada kesedaran dan kesabaran maka dapatlah kita menterjemahkan kepada sifat-sifat kematangan dengan seikhlas-ikhlasnya.

Notapena/arab/links.

I - Iman
K - Keadilan/Kewajipan
H - Hak
L - Luhur
A - Amanah
S - Sujud

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment