Ayatul Kursi diturunkan pada suatu malam setelah hijrah.
Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai mengiringinya beribu-ribu malaikat, menurut ahli tafsir mengatakan 40 hingga 80 ribu ramainya sebagai penghantar oleh kerana kebesaran dan kemuliaan akan ayat tersebut.
Syaitan dan iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi penghalang dalam perjuangannya. Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan Zaid bin Tsabit [penulis Al'Quran] untuk segera menulis dan menyebarkannya.
Ada terdapat 95 buah hadith yang menjelaskan fadilat ayat ini.Sebabnya ayat disebut "Ayatul Kursi", kerana didalamnya terdapat perkataan Kursi yang ertinya tempat duduk yang megah dan yang mempunyai martabat.Ianya bukan dimaksudkan akan tempat duduk Tuhan,akan tetapi kursi itu adalah syair atas kebesaran Tuhan.
Tuhan jadikan kursi meliputi tujuh lapis langit dan bumi.Kebesarannya jika dibuat perbandingan dengan kebesaran kursi seumpama serumpun pohon ditengah padang pasir yang luas.Dikiri dan kanan kursi yang megah ini dijadikan juga beribu-ribu kursi yang kecil untuk menambah keindahan dan kemegahannya disebabkan terdapat malaikat duduk disetiap kursi yang membaca ayat kursi dan juga malaikat yang menulis pahala akan orang yang membaca ayatul kursi.
Terdapat begitu banyak khasiat daripada ayatul kursi yang mempunyai lima [5] Asma' dimana ia mempunyai rahsia dan hikmat yang perlu dicari untuk dipelajari dan diketahui oleh kita yang tidak putus-putus mencari akan ilmu Allah swt ini...insyaAllah dengan izinNya.
Wallahu'alam.