Tuesday, 1 June 2010

Asmaul Husna.




Allah berfirman:

Walillaahil Asmaaul Husnaa Fad 'uuhu Bihaa.

Ertinya:

Dan bagi Allah memiliki nama-nama yang paling bagus[asmaul husna], maka bermohonlah pada Allah dengan menyebut [berdzikir] akan Asmaul Husna tersebut [Surah al A'raaf ayat:180].

Rasulullah saw bersabda:

Sesungguhnya bagi Allah swt ada sembilan puluh sembilan[99] nama, barang siapa menghitungnya [yakni membacanya dan beramal dengannya] maka dia akan memasuki syurga [HR Bukhari & Muslim].

Tujuan berdo'a dan berdzikir dengan Asmaul Husna yang merupakan nama-nama Allah swt yang paling baik adalah sebanyak 99 [walaupun nama-nama Allah swt melebihi dari 99], yang dianjurkan oleh Allah swt dan RasulNya untuk dibaca, ia memiliki beberapa manfaat diantaranya seperti berikut:-

1. Untuk beribadah kepada Allah swt.

2. Dengan membacanya dapat mengharapkan akan terkabulah hajat baik dalam urusan dunia mahupun akhirat serta bersesuaian dengan apa yang diminta-minta. Mintalah dengan ikhlas dengan tidak melupakan pula adanya usaha dan ikhtiar [jangan bepeluk tubuh].

3. Dzikir tersebut perlu diketahui ertinya dan amat dituntut untuk mempelajari hikmah-hikmah yang terkandung didalamnya bertujuan untuk mengagungkan nama Allah swt.

4. Dzikir Asmaul Husna dapat menimbulkan satu bahan pemikiran bagi para pembacanya yang mahu berfikir atau yang mahu mengambil hikmah-hikmah yang terkandung didalamnya. Dzikir tersebut menggandungi adanya kebesaran keagungan, kebaikan dan kekayaan Allah swt yang begitu banyak dialam semesta. Oleh yang demikian jika kita mahu memikirkan filsafat yang terkandung didalam dzikir tersebut, misalnya didalam kata " AR RAZZAQ "

Ia bererti mintalah rezeki itu hanya pada Allah swt semata-mata, tidak[jangan] memintanya dari pada syaitan, jin, patung-patung[berhala] dan benda-benda yang ada dialam semesta. Mintalah lansung pada Allah swt kerana Allah swt yang memberikan rezeki pada manusia dan makhlukNya yang lain. Oleh yang demikian, Allah swt tidak akan menghujankan emas dari langit, kerana ia akan menimbulkan akibat-akibat[perkara] yang tidak baik bagi makhlukNya, walaupun didalam satu segi ada pula kebaikannya.

Pendekatannya Allah swt telah membahagi-bahagikan rezeki itu diantara makhlukNya, ada yang diberi dengan banyak, ada yang diberi bersederhana dan ada yang diberi sedikit, kesemua anugerah ini akan menimbulkan kebaikan dan hikmah yang paling istimewa diantara makhluk itu sendiri.
 
Barangsiapa yang merasakan kekurangan rezeki, telah dituntut oleh Allah swt untuk mencarinya dilaut, didaratan, didalam bumi mahupun kepuncak-puncak gunung. Disarankan untuk mencari rezeki Allah swt itu diantara manusia melalui perdagangan[berjual beli] dan banyak usaha yang lainnya sumber rezeki yang sedia ada dan semua dari ketentuan Ilahi.
Allah swt akan memudahkan akan rezeki kepada yang meminta dariNya, termasuk pula yang meminta kepadaNya melalaui bacaan Asmaul Husna.

Istilah rezeki yang diberikan oleh Allah swt tidak hanya dari makanan dan miniman, akan tetapi rezeki anugerahNya pula didalam berbagai bentuk, kesenangan dan kebahagian juga datang dariNya. Keoada mereka yang sudah terbentuk akan rezekinya[sifat kaya & berada] pula perlu meminta akan rezeki yang lainnya, mintalah akan keselamatan, kesihatan dan apa jua yang bermanfaat bagi manusia.

Oleh kerana itulah do'a dan dzikir pada Allah swt dianjurkan untuk dibaca dan dihayati, sama ada kaya atau miskin, tua atau muda, ia meliputi segenap lapisan masyarakat muslim harus untuk mengetahui akan amalan tersebut.
 

5. Seseorang yang berdzikir akan asmaul Husna yang hanya bertujuan untuk mendapatkan rezeki yang bentuknya berupa makanan, nafsu [ ? ] atau kesenangan-kesenangan lain didunia yang bersifat sementara ini, bererti permintaan pada Allah swt itu tersebut masih belum mencukupi lagi, mintalah kurniaanNya yang besar yang akan diberi olehNya pada sekelian makhlukNya diakhirat. Pendekatan diatas permintaan itu berupa terlepas dari siksaan kubur, selamat menuju akhirat dengan membawa iman yang baik, terlepas dari siksaan neraka jahanam dan terus dimasukkan kedalam syurgaNya melalui dzikir Asmaul Husna ini.
Mintalah pada Allah swt untuk mendapatkan akan keredhaanNya, memperolehi kenikmatan yang abadi, dapat melihat Allah swt dengan kenikmatan bercakap-cakap denganNya. Jangan sekali-kali meminta sesuatu yang sifatnya rendah dan sedikit, ia amat merugikan.
Mintalah rahmat Allah swt yang besar-besar yang akan diberikan kepada makhlukNya yang sering berdo'a, berdzikir termasuk yang sentiasa menyebut nama Allah swt dengan Asmaul Husna.

Adapun dzikir Asmaul Husna ini didahului dengan " Huwallaahul Ladzii Laa Ilaa Ha Illaa Huwa" [ Dialah Allah yang tidak ada Tuhan kecuali Dia ].

Seterusnya diikuti dengan 99 lagi nama-nama Allah swt kesemuanya.


Selamat mengamalkan dan beramallah dengan pendekatan yang benar-benar ikhlas.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment