Wednesday, 9 June 2010

Keutamaan Membaca Surah Al Mulk.





Surah Al-Mulk.


" Man Qara-a Tabaarakal Ladzii Biyaddihil Mulku Kulla Laylatin, Ma-na'ahullaahu Ta'aalaa Bihaa Min 'Adzaabil Qabri "

Ertinya :

Barangsiapa yang membaca Tabaarakal Ladzii Biyadihil Mulku [ surah al-Mulk ayat : 1 hingga 30 [terakhir] pada setiap malam maka Allah swt akan menghindarkan orang itu dari seksaan kubur. [HR Nasai].

Amatlah perlu untuk diketahui bahawa ayat-ayat Al-Quranul Karim bukan hanya untuk diambil manfaatnya didalam urusan dunia sahaja, tetapi juga untuk diambil segala perintah Allah swt itu untuk diamalkan, sedangkan yang bersifat larangan seharusnya dijauhi.

Adapun surah-surah yang lain saperti 'Ammaa Yatasaa-Aluun, Qaf, Wannajmi Idzaa Hawaa, Wassamaai Dzaatil Buruuj dan Wassamaai Wath Thaariq telah diterangkan didalam hadith bahawa surah-surah tersebut adalah sebagai penghapusan dosa kecuali dosa akibat perbuatan syirik [ seumpama menyekutukan Allah swt dengan sesuatu ]. Hal tersebut telah pernah diriwayatkan oleh Abu Darda' ra. Selainnya ada beberapa ayat dan surah yang memiliki keutamaan saperti didapati dan diterangkan didalam beberapa hadith yang sahih saperti
berikut :-

- Idzaa Zulzilat [dan seterusnya] maka ganjarannya hampir sama dengan membaca separuh Al-Quran [HR Turmudzi].

- Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun [dan seterusnya] saperti membaca seperempat[1/4] Al-Quran -
[HR Turmudzi dari Ibnu Abbas].

- Al-Haakumut Takaatsur [dan seterusnya] saperti membaca seribu[1,000] ayat -
[Rujuk HR Hakim dari Ibnu Umar ra].

- Surah ad-Dkhkhan untuk menolak kesangsaraan pada hari kiamat.

- Surah al-Kautsar untuk menolak adanya satu permusuhan.

Beberapa ayat dan surah yang terpilih untuk diamal dan dibaca sebelum sesuatu perjalanan atau pun dibaca sebelum tidur [surah-surah al-Kafirun, Idzaa jaa-a nashrullah, al-Ikhlas, al-falaq, dan An Naas].

Membaca Al-Quran akan diberi ganjaran oleh Allah swt, perlu dibaca dengan tertib mengikut hukum-hukumnya. Setiap ayat-ayat dan surah-surah Al-Quran yang dibaca akan membawa ketenangan, itulah yang dinamakan khasiat-khasiatnya mengikut keterangan hadith-hadith sahih.

Rasulullah saw telah bersabda : Besar gunanya akan kita membaca kitab suci Al-Quran sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy'ari....

" Menurutnya, seseorang mukmin yang membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, disifatkan sebagai memakan buah limau[oren] yang rasanya manis lagi mengharumkan.
Terdapat juga mukmin yang tidak membaca Al-Quran [dimana ramai diantara kita dewasa ini tidak boleh berbahasa jawi] tetapi mengamalkannya, boleh diumpamakan seperti buah kurma yang rasanya baik tetapi tidak punya keharuman.
Kepada orangnya munafik yang sedang membaca Al-Quran tidak ubah saperti tumbuhan yang memberi keharuman tetapi dimakan rasanya pahit.
Manusia munafik yang tidak membaca Al-Quran diibaratkan saperti buah peria, pahit rasanya dan tidak enak pula akan baunya.[Hadith] ".

Oleh yang demikian Al-Quran telah dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk dibaca dan diamalkan, jangan sampai menjadi seorang mukmin yang tidak membaca Al-Quran, juga jangan sampai menjadi orang munafik yang hanya membacanya tetapi tidak mengetahui[tidak mengamalkan] akan isi kandungannya dan pula menjadi akan gulungan munafik yang tidak bersedia membacanya apalagi dengan amalannya.

Wallahu'alam...

notapena/arab/links.

No comments:

Post a Comment