Ku Temui CahayaNya [Tamat].
Share"Islam tidak pernah memutuskan hubungan antara anak dan ibu bapa seseorang walaupun mereka berlainan agama. Bahkan Islam mengajar seorang Muslim supaya terus menjaga perhubungan kekeluargaan serta menghormati kedua ibu bapanya yang berlainan agama. Mereka perlu patuh kepada arahan, suruhan dan permintaan kedua-duanya selagi mana ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam Islam, haram dan berdosa hukumnya seorang anak memutuskan perhubungan dengan kedua orang tuanya."
"Sekiranya saya memeluk Islam, pada pendapat akak apa yang perlu buat atau ada atau apa-apa sahaja untuk saya lebih memahami Islam?" Tanyaku.
"Akak cadangkan supaya Jane berkahwin dengan seseorang yang boleh membantu Jane untuk lebih memahami Islam."
"Perlukah begitu?" Aku rasa seperti masih belum bersedia untuk menjalani kehidupan berumah tangga.
"Dalam keadaan seperti Jane sekarang ni, akak rasa adalah terlebih baik Jane kahwin selepas peluk Islam nanti."
"Ada ke lelaki Islam yang baik sudi menerima saya sebagai isteri sedangkan saya tidak lagi suci?" Air mataku tergenang ditubir mata bila mengenangkan peristiwa itu.
"Jane jangan risau, pasti ada lelaki yang baik sudi menerima Jane kerana Allah." Yakin Kak Zu.
"Tapi macam mana saya nak kahwin, saya sendiri tidak tahu tentang perkahwinan dalam Islam?" Mana mungkin aku mencari lelaki untuk mengahwiniku seperti perigi mencari timba.
"Serahkan pada akak, biar akak je yang uruskan untuk Jane." Beban fikiranku sedikit hilang dengan janji Kak Zu itu.
Setelah semua persoalan yang menghantui benak fikiranku dirungkai satu persatu dan aku memperolehi jawapannya, tekadku untuk memeluk Islam semakin membara. Kak Zu menghidupkan enjin keretanya dan bertolak untuk menghantarku pulang. Dalam perjalanan Kak Zu singgah sebentar di gerai menjual akhbar dan majalah yang terletak di tepi jalan. Dia membeli dua buah akhbar tempatan. Dia memberikannya kepadaku sementara dia terus memandu.
Aku membelek helaian-helaian akhbar tersebut mencari berita yang menarik. Tiba-tiba mataku terpandang satu tajuk berita di ruangan tempatan "Dua Lelaki Maut Dipanah Petir." Aku meneruskan pembacaan dan sekali lagi ianya membuatkan aku terkejut. Lelaki yang dipanah petir itu adalah seorang sami dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Micheal. Aku termenung memikirkan tentang kejadian tersebut. Adakah ianya satu mimpi atau merupakan sebuah realiti? Semasa aku tidak sedarkan diri, memang aku lihat mereka berdua telah dipanah petir sewaktu berlawan dengan Abang Syamsul. Aku fikir ianya hanya sekadar peristiwa yang berlaku dalam kotak fikiran sahaja. Tidak kusangka sama sekali ia merupakan gambaran kejadian yang sebenar.
Terlalu sukar untuk kuluahkan pada mama dan papa mengenai keputusanku yang tekad untuk memeluk Islam. Sebelum ini pun mereka telah menunjukkan sikap konfrantasi mereka terhadapku apabila kunyatakan hasratku itu. Aku pun tidak tahu kenapa mereka terlalu prejudis terhadap Islam. Sedangkan ketika abangku, Calvin memilih Kristian sebagai cara hidup, tiada pun bantahan yang mereka kemukakan. Petang ini aku berkumpul sambil minum petang bersama keluargaku. Calvin pun ada bersama.
"Papa, saya dah tekad untuk peluk Islam." Beritahuku. Papa yang sedang menghirup teh panasnya serta-merta terhenti dan merenung tajam ke arahku. Semua pasang mata merenung tajam ke arahku.
"Apakah kamu dah habis fikir?"Soal papa sambil meletakkan cawan tehnya.
"Ya pa."
"Habis tu macam mana hubungan kita?"Tanya mama pula.
"Mama tak perlu risau. Saya tetap anak mama sampai mati. Islam tak pernah putuskan hubungan antara anak dan kedua ibu bapanya." Aku meminjam kata-kata Kak Zu tempoh hari.
"Tapi kamu tak boleh makan apa yang kami makan." Mama mengemukakan hujah.
"Betul. Ada makanan yang Islam haramkan makan seperti arak, babi dan semua binatang yang tak disembelih. Tapi tak boleh makan makanan tersebut tidak semestinya kita perlu putuskan hubungan kekeluargaan mama." Jawabku.
"Habis tu macam mana kehidupan kamu selepas ini?" Tanya papa pula.
"Selepas peluk Islam, saya akan berkahwin papa." Sekali lagi jawapanku itu membuatkan mereka semua seolah-olah terkejut.
"Kamu nak kahwin dengan siapa?" Soal papa lagi.
"Hanya tuhan yang tahu siapa jodoh saya papa. Setakat ni belum ada lagi." Telah aku serahkan urusan tersebut pada Kak Zu.
"Kalau itulah keputusan kamu, kami tak dapat halang. Tapi kami harap kamu tidak akan buang kami." Jawapan papa itu membuatkan aku tidak dapat membendung perasaanku, lalu tubir mataku digenangi air. Aku bangun memeluk papa dan mama sebagai tanda syukur atas kehendak hatiku itu.
Semua persiapan untuk upacara masuk Islam diuruskan oleh Abang Syamsul dan Kak Zu sendiri. Aku diberitahu bahawa aku akan di Islamkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat di Masjid Pulau Melaka selepas Solat Jumaat. Yang mendebarkan aku juga, menurut Kak Zu selepas di Islamkan oleh Tuan Guru Menteri Besar aku akan dinikahkan dengan seorang lelaki yang tidak kutahu siapakah identitinya. Ia menjadi tanda tanya yang mendebarkan hatiku.
Kak Zu menyewa set baju warna krim buatku. Dialah yang bertungkus lumus menyediakan termasuklah menjadi jurusolek yang tidak bertauliah. Hari ini dua kejadian penting yang akan berlaku dalam hidupku. Aku akan di Islamkan secara rasmi dan seterusnya diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak kuketahui siapa. Kedua-dua peristiwa penting tersebut akan disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
Selepas solat Jumaat, rombonganku bertolak dari rumah ke Masjid Pulau Melaka yang letaknya tidak berapa jauh dari rumahku. Kak Zu, mama, papa, Calvin dan isterinya serta beberapa orang kawan Kak Zu. Ramai juga ahli jemaah yang ingin turut serta menyaksikan majlis tersebut. Aku jadi lebih gementar bila semua pasang mata tertumpu ke arahku yang berjalan masuk ke ruang solat masjid tersebut.
Aku dikelilingi para jemaah yang hadir. Ahli keluargaku berada dibelakang, manakala Kak Zu pula berada dikananku. YAB Dato Tuan Guru betul-betul berhadapan denganku.
"Sebelum kita mulakan majlis ini, saya ingin bertanyakan kepada saudari beberapa soalan. Saya ingin mendengar jawapannya dengan penuh jujur dan ikhlas" Tuan Guru merenung kearahku. Para hadirin memerhati dengan penuh tumpuan. Aku hanya sekadar mengangguk.
"Adakah saudari pasti ingin memeluk Islam?" Soal Tuan Guru.
"Saya yakin dan pasti Tok Guru." Jawabku.
"Tiada yang memaksa?" Soalnya lagi.
"Tiada."
"Adakah saudari yakin tiada tuhan yang patut disembah selain Allah."
"Ya, saya yakin."
"Adakah saudari yakin bahawa Nabi Muhammad itu rasul akhir zaman utusan Allah?"
"Ya, saya percaya."
"Jika begitu, ikut apa yang saya ucapkan." Arah Tuan Guru.
Aku menutur perlahan-lahan dan penuh yakin Dua Kalimah Syahadah yang diajar oleh Tuan Guru. Selesai sahaja aku mengucap Dua Kalimah Syahadah, Kak Zu memelukku dengan perasaan terharu. Serentak dengan itu, para jemaah melaungkan takbir bersama linangan air mataku. Aku juga memeluk mama yang kelihatannya terkejut dan terharu. Kemudian Tuan Guru menadahkan tangan membacakan doa. Para jemaah turut mengaminkan doa tersebut. Air mataku semakin laju menuruni tubir mata kerana doa yang Tuan Guru baca itu adalah dalam Bahasa Melayu.
"Sudikah saudari untuk dikahwinkan dengan lelaki ini?" Pertanyaan Tuan Guru itu menyedarkan aku bahawa aku masih punya satu lagi upacara penting.
Aku mengangkat wajahku dan memandang kearah lelaki yang dimaksudkan oleh Tuan Guru itu. Betapa aku amat terkejut melihat lelaki tersebut. Aku terus berpaling kearah Kak Zu yang berada disampingku.
"Sudikah Jane jadi adik buat akak dunia dan akhirat?" Tanya Kak Zu dengan mata yang berkaca-kaca. Aku terkedu dengan pertanyaan itu. Tidak aku sangka sama sekali.
"Akak ikhlas?" Tanyaku kembali secara berbisik.
"Ya kerana Allah." Jawabnya.
"Kalau begitu, saya sudi menjadi adik akak dunia dan akhirat kerana Allah." Balasku. Kami berpelukan antara satu sama lain disaksikan puluhan pasang mata yang turut terharu diatas pengorbanan yang telah dibuat itu.
"Saya sedia menerimanya sebagai suami, peneman dan pelindung saya dunia dan akhirat kerana Allah." Itulah jawapan muktamad kuberikan kepada Tuan Guru.
"Aku nikah dan kahwinkan dikau Syamsul Anuar bin Azman dengan Nurul Hidayah binti Abdullah berwakil walikan daku dengan mas kahwin seribu ringgit tunai." Ijab Tuan Guru.
"Aku terima nikahnya Nurul Hidayah binti Abdullah dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut." Lafaz qabul yang diucapkan oleh Abang Syamsul. Semua hadirin menjawab 'sah'.
Sekali lagi Kak Zu memelukku erat. Aku membalas pelukan tersebut dengan penuh hiba. Sudah banyak pengorbanan yang dilakukan dua insan ini padaku. Kini mereka berkorban lagi buatku demi kebahagiaanku serta demi kesejahteraan agamaku. Terlalu sedikit wanita yang dengan ikhlas membenarkan suami mereka berpoligami. Terlalu sedikit isteri yang sudi berkongsi kasih suaminya dengan wanita lain kerana Allah.
Abang Syamsul mendekati kami berdua. Dia menghulurkan tangan, aku menyalaminya dan kemudiannya dia mencium dahiku.
"Terima kasih atas segala pengorbanan abang dan akak. Abang dan akaklah saudara saya dunia dan akhirat." Ujarku sebagai tanda terima kasih. Abang Syamsul memeluk kami berdua.
“Abang telah dianugerahkan dua permata yang tiada tandingan dengan seisi dunia. Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita.” Ucap Abang Syamsul.
Ya Allah, telah kutemui cahayaMu, maka kekalkanlah sinarnya dalam hidupku. Telah kutemui jalanMu, maka luruskanlah ia buatku. Ya Allah,rahmatilah keluarga kami. Jadikanlah kami keluarga yang bahagia berkekalan selama-lamanya. Kurniakanlah kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah. Masukkanlah kami ke dalam golongan yang mendapat bayangan Mu diakhirat nanti dan janganlah Engkau hinakan kami dihari pertemuan nanti.
Seruling Senja
30 Mac 2008
9.55 pagi
Cameron Highlands
***THE END***
Sahabat,
Dengan selesainya Cerber Ku Temui CahayaNya yang merupakan kisah nyata ini, selesai pula janji saya untuk mempersembahkan Cerber ini secara lengkap, alhamdulillah. Semoga kiranya sahabat semua merasa terhibur dan senang membacanya, ditengah-tengah kegalauan hati menghadapi berbagai fenomena & problem sosial, ekonomi dan politik di negeri tercinta ini. Semoga cerita ini menjadi ibrah (pelajaran) serta dapat menambah keimanan dan ketaqwaan kita semua. Satu hal yang mesti di garis-bawahi adalah semoga kita dapat menjalankan keislaman kita secara paripurna (kaffah) mencakup berbagai aspeknya, yakni aqidah, akhlaq, fikh, syariah, mu'amalah dan adab-adab muslim lainnya, sehingga Islam semakin memancarkan sinarnya sebagai agama yang Rahmatan lil alamin. Amin.
Wassalam,
Sahabatmu,
Sudi Al-Fakir.

No comments:
Post a Comment