Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Bila sesaorang lelaki itu mati dan saudara maranya sibuk dengan pengembumiannya, maka berdirilah seorang lelaki yang benar-benar kacak dibahagian kepalanya...
Apabila jenazah simati itu sedang dikapan, lelaki kacak itu tadi akan sedia berada diantara kain kapan dan simati itu...
Selepas pengebumian, semua jemaah dan saudara mara yang pergi bersama-sama mengiringi jenazah itu tadi pasti akan pulang kerumah masing-masing. Selepas tujuh langkah mereka beredar dari perkuburan simati, maka dua malaikat Mungkar dan Nakir akan segera muncul kedalam kubur simati dan terus mencuba memisahkan lelaki kacak itu untuk menjalankan tugasan mereka menyoal simati dengan bersendirian tanpa bertemankan sesiapa jua...
Simati akan disoal mengenai ketaatannya kepada Allah swt semasa hayat hidupnya didunia ini...
Tangkas lelaki kacak itu terus berkata, dia adalah temanku, dia adalah kawanku, aku tidak sama sekali akan meninggalkan dia seorang diri walau dengan apa jua alasan sekali pun...
Jika kamu ditetapkan untuk menyoalnya, lakukanlah tugasan mu itu...
Aku tidak akan boleh meninggalkan sahabatku ini bersendirian sehingga aku pasti dia beroleh kejayaan dan terus dimasukan kedalam " Syurga "...
Selepas itu lelaki kacak tadi berpaling kepada sahabatnya dan terus berkata, aku adalah Al'Quran yang kamu selalu membaca, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan lunak lagi syahdu...
Wahai sahabatku, janganlah engkau bimbang dan berasa takut!!!
Salepas disoal siasat oleh Mungkar dan Nakir, kamu tidak kecewa mahu pun bersedih oleh kerana kamu sudah pun beroleh kejayaan...
Setelah kesemuanya itu selesai maka lelaki kacak itu akan mengaturkan tempat istirehat [tempat tidur] yang diperbuat dari sutera dipenuhi dengan bauan kasturi yang dipohon dari Al-Mala'ul A'laa [yakni malaikat didalam syurga] oleh lelaki kacak itu...
Seterusnya Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda:
Dihari pengadilan, yakni dihadapan Allah swt, tiada syafaat yang lebih mulia lagi baik darjatnya disisi Allah swt selain daripada Al'Quran, mahu pun dari nabi atau pun malaikat...
Alhamdulillah, sila sebarkan hadith ini kepada semua muslimin oleh kerana Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam beramanat;
" Sampaikanlah pengetahuan dariku walaupun hanya dengan satu [sepotong] ayat "...
InsyaAllah...
Moga-moga Allah swt mecucuri rahmat keatas hamba-hambanya, mahu pun yang masih hidup dan yang telah kembali kepadaNya, supaya mendapat tempat yang semulia-mulianya...Amiin Yarabbal Alamiin !!!


No comments:
Post a Comment