Persoalan yang kerap atau sering ditimbulkan ialah bagaimana pandangan ajaran Islam, cara umat Islam untuk menidakan berkerjasama dengan kaum-kaum yang bukan beragama Islam.
Didalam kontex ini, hal-hal yang mempunyai kepentingan bersama, khusus kepada kerjasama didalam kemasyarakatan, penyelengaraan pendidikan, pembangunan ekonomi, pembenterasan penyakit sosial dan banyak lagi hal-hal yang bersangkutan dengan kehidupan seharian.
Kontex berkerjasama ini bukan sahaja melibatkan kaum yang berlainan agama, malah ia juga merangkumi kepada umat islam itu sendiri.
" Dan tolong-menolonglah kamu didalam mengerjakan kebajikan dan bertaqwa, jangan tolong-menolong dalam membuat dosa dan pelangaran."
Yakni, yang terpenting sekali diperhatikan didalam menentukan, apakah, sesuatu termasuk kebajikan atau dosa harus dihadapkan kepada ajaran-ajaran mengikut Al'Quran dan bukan ditentukan oleh manusia. Sejalan dengan ketentuan bahawa yang berhak menentukan segala-galanya kebenaran agama adalah Allah swt.
Apabila sesuatu dipandang berdosa didalam ajaran Islam, akan tetapi tidak dipandang dosa menurut agama lain maka bagi umat Islam sudah tentu yang berlaku itu adalah ketentuan yang terdapat didalam ajaran Islam itu sendiri.



No comments:
Post a Comment