Tuesday, 26 January 2010

Kedudukan Orang-Orang Mu'min Dalam Kehidupan [Dakwah].




Allah Subhanahu Wata’alla telah menjelaskan di dalam kitab suci Al'Quran tentang kedudukan dan peranan orang-orang mu’min dalam kehidupan mereka di atas muka bumi ini:
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk [kemasalahatan] manusia, kamu MENYURUH [mengajak] harus kepada yang ma’ruf [kebaikan] dan kamu MENCEGAH dari kemungkaran serta kamu BERIMAN dengan Allah”.
(Surah Ali-’Imran: Ayat 110)
Dalam ayat di atas Allah Ta’alla menyatakan ketinggian dan kemuliaan orang-orang Mu’min beserta sifat-sifat yang menyebabkan mereka layak digelar sebagai “Khaira Ummah” (Ummat Yang Terbaik) iaitu, i) ii) iii) mereka menyuruh (mengajak) manusia kepada perkara-perkara yang ma’ruf (kebaikan), mereka mencegah (melarang) manusia dan melakukan kemungkaran dan dalam usaha-usaha tersebut mereka sentiasa menjaga dan memelihara diri mereka dengan mentaati segala perintah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.


Secara jelas ayat di atas memperlihatkan betapa usaha-usaha da’wah menyeru manusia supaya menta’ati perintah Allah dan menjauhi laranganNya adalah usaha-usaha yang sangat tinggi lagi mulia bahkan Allah Ta’ala memerintahkan agar orang-orang mu’min bersatu dan menggemblengkan tenaga untuk melaksanakannya.
FirmanNya:
“Dan hendaklah ada di antara kamu, satu golongan yang mengajak (manusia) kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma’ruf,melarang dari kejahatan dan merekalah orang-orang yang beuntung” (Surah Ali-’Imran : Ayat 104)
Tuntutan dan suruhan ini sering kita temui di dalam Kitab Suci Al-Qur’an di mana Allah Subhanahu Wa Ta’ala memperingatkan RasulNya dan orangorang Mu’min supaya melazimkan diri sebagai orang yang sentiasa menyeru dan mengajak manusia kepada memahami dan menghayati ajaran Islam.
Di antaranya Allah berfirman:

Wahai Rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhanmu kerana kalau engkau tidak lakukan (demikian) tidaklah (dikatakan bahawa) engkau telah menyampaikan risalahNya dan Allah akan melindungi mu dari (kejahatan) manusia. (Surah Al-Ma’idah : Ayat 67)
Allah Subhanahu Wata’ala mendahulukan tugas dan tanggungjawab da’wah ini ke atas RasulNya, agar kaedah-kaedah da’wah ini diperlihatkan kepada orang-orang Mu’min. Kemudian barulah Allah memperingatkan pula orang-orang Mu’min supaya apabila diseru oleh Allah dan RasulNya untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan agama, maka mereka hendaklah segera menyambutnya kerana seruan Allah dan Rasul itu adalah seruan yang menghidupkan hati dan jiwa mereka. Allah menyeru:


“Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul, apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mendinding antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan.” (Surah Al-Anfal Ayat 24)
FirmanNya lagi:
“Sesungguhnya adalah pada diri Rasulullah itu sebaik-baik suri tauladan bagi kamu (untuk diikuti), yakni bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di Akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah” (Surah Al-Ahzab Ayat 21)
Demikian keterangan-keterangan yang jelas dari Al-Qur’an tentang kewajiban da’wah yang diperintahkan oleh Allah ke atas RasulNya dan orang-orang Mu’min. Sekali pun menghadapi suasana peperangan kita tetap dituntut membuat persiapan-persiapan yang rapi agar usaha-usaha da’wah kita itu akan disusuli dengan kejayaan. FirmanNya:


“Tidak sepatutnya bagi orang-orang Mu’min itu pergi semuanya (ke medan peperangan). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan dari mereka beberapa orang untuk memperdalamkan ilmu pengetahuan dalam agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga diri” (Surah Al-Taubah : Ayat 122)
Dengan mengambil pedoman-pedoman Rabbani, kita mengharapkan saff Harakah Islamiyyah dan da’wah akan dapat berjalan dengan cara yang penuh hikmah dalam usaha-usahanya menyeru manusia untuk kembali kepada Islam. Semuga kita termasuk di dalam golongan yang mematuhi perintah Allah.


“Serulah manusia ke jalan TuhanMu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” (Surah Al-Nahl: Ayat 125)
Oleh kerana da’wah merupakan satu lapangan yang sangat penting dalam kehidupan ummat Islam, ia memerlukan kefahaman dan persediaanpersediaan yang berencana serta berperingkat-peringkat. Di dalam tulisan buku ini, Insya’Allah kita akan ikuti satu bimbingan dan tokoh da’wah yang telah melalui pengalaman dawah yang panjang dalam hidupnya tentang bagaimana kita menyeru kepada Islam.


Sumber :
FATHI YAKAN







No comments:

Post a Comment