Thursday, 21 January 2010

Implikasi Bertoleransi. [Bab.7]





Perlu ditinjau dengan perspektif yang lebih meluas dan mendalam, dimana semenjak dari masa lampau hingga kini [Abad Ke 21] hal-hal sedemikian masih lagi dipersimpangan, sedia ujud dideklamasikan dan yang diperlakukan oleh umat Islam itu sendiri.

Timbul persoalannya sekarang;
 Bagaimanakah halnya dengan perbuatan sesetengah umat Islam diMalaysia yang turut sama merayakan Krismas, Raya Cina, Deepavali, Undangan Perkahwinan dengan menghadiri upacara perasmian ditempat-tempat ibadat bukan Islam dan lain-lain upacara yang sewaktu dengannya, adakah ia diklasifikasikan sebagai manifestasi kepada sifat bertoleransi!!!

Sehubungan dengan itu, apakah ajaran bertoleransi didalam Islam mengizinkan hal-hal saperti ini?


Sebelum diulas persoalan tersebut, perlu ditegaskan terlebih dahulu hal-hal yang mana termasuk didalam kategori upacara beribadah keagamaan dan mana pula yang bukan.


"Jika hal-hal itu termasuk dalam ibadah keagamaan menurut tafsiran dari surah al-Khafirun sama sekali tidak dibolehkan, jika bukan termasuk didalam ibadah keagamaan harus diperhatikan dan diperhalusi terlebih dahulu. Adalah lebih baik jika tidak melibatkan diri sama sekali didalam perkara-perkara yang saperti ini".


[Apakah hal-hal itu akan menarik kepada hal-hal yang bertentangan dengan ajaran Islam atau pun disebaliknya. Jika sekiranya tidak bertentangan maka ia dibenarkan dan berbalik kembali kepada hukum hakam yang perlu dirujuk dan perhalusi.]







No comments:

Post a Comment