Bertitik tolak dari aspek pertimbangan dan ketentuan tersebut [rujuk Bab.6&7] maka perlu dihalusi dengan teliti, apakah hari-hari perayaan yang tersebut termasuk didalam upacara keagamaan atau pun tidak. Apabila kesemuanya itu di takrifkan sebagai upacara keagamaan, bagi penganut agama yang lain[yakni agama-agama orang-orang kafir] maka ajaran bertoleransi Islam tidak membenarkan orang-orang Islam mengikut serta didalam tempat upacara tersebut berlansung.Bila perayaan-perayaan itu tidak merupakan upacara keagamaan, masih harus dipertimbangkan jika didalam perlaksanaannya terselit upacara-upacara keagamaan tanpa disedari, saperti berdiam sejenak dengan adanya acara Pemujaan mengikut keyakinan dan ajaran kepada agama masing-masing.
Maka sudah sahih yang umat Islam tidak boleh menyertai upacara keagamaan orang yang bukan Islam, apakan lagi jika upacara itu diperlakukan didalam tempat penyembahan yakni kuil mereka.
Pada dasarnya jika ia satu upacara keramaian saperti undangan biasa tidak terlibat langsung akan upacara keagamaan maka ia diharuskan, kecuali bila terdapat kekuatiran yang menimbulkan keraguan [was-was] didalam keyakinan kita maka ia tidak termasuk didalam sifat bertoleransi.
Didalam hal yang sedemikian rupa, perlu difahami dengan mendalam, sebagai contoh; apabila didalam sesuatu tempat yang digunakan terdapat Palang Salib sahaja pun, maka ia sudah merupakan ajaran yang bertentangan dengan Al'Quran, sedangkan ajaran Islam tidak pernah memperakui Nabi Isa a.s [al-Masih] disalibkan, ketara sudah ia satu pertentangan belawanan dengan aqidah didalam ajaran agama Islam itu sendiri.
Palang salib bukan sekadar simbol kepada mereka, malah ia mempunyai hubungan erat dengan keyakinan penebusan dosa bagi umat manusia dengan disalibnya Nabi Isa a.s, menurut keyakinan agama Kristian. Maka didalam hal inilah yang tiada diperkatakan oleh kitab suci Al'Quran dan begitu juga bersangkutan didalam upacara-upacara agama Budha, Hindu dan seumpamanya, wallahu'alam.


No comments:
Post a Comment