السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sebagai Renungan Bersama.
Kebiasaannya yang di takrifkan dan di fahami "Ahli Keluarga" itu terdiri daripada suami isteri [ayah dan ibu], anak-anak dan cucu- cicit.
Apakah suami isteri dan anak-anak sebagai "Ahli Keluarga Syurga" di kumpulkan menjadi satudi alam akhirat [syurga] kelak?
Terdapat ayat di dalam Al Qur'an menyatakan [mengisyaratkan] dengan jelas di mana jika anak-anak cucu mereka itu benar-benar beriman dengan darjat keimananya serta amal solehnya setingkat yang mengikut orang tuanya, maka anak cucu dari keluargaitu akan berkumpul bersama-sama dengan orang tua mereka di dalam syurga.
Firman Allah berbunyi dan bermaksud;
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَنٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَآ أَلَتْنَهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَىْءٍۢ
ۚ كُلُّ ٱمْرِئٍۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌۭ
Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
[Maksudnya, anak cucu mereka yang beriman itu ditinggikan Allah darjatnya sebagai darjat bapak- bapak mereka, dan di ikumpulkan dengan bapak-bapak mereka dalam syurga.]
(Surah. ATH-THUUR: 21)
Dari surah tersebut dengan jelas kita memahami bahawa keluargadaripada anak cucu dapat bersama-sama berkumpul pada suatu tempat di syurga, asalkan mereka mengikuti orang tua mereka di dalam hal keimanan yakni beramal soleh dan ketakwaan.
Seperkara lagi ia amat jelas sesuatu keluarga yang di pimpin oleh sang suami sebagai ketua keluarga perlu menitik beratkan kepada keluarganya untuk membimbing mereka kearah perihal pembelajaran pengajian keagamaan Islam yang sempurna.Jika tidak berkemampuan [berkelayakan] untuk membimbing adalah menjadi tanggungjawab dan berkewajipan supaya mencari guru yang ariff mengenainya dan berserah kepadanya untuk mendapatkan ilmu, khusus mengenai "Ibadat" , ia adalah satu tanggungjawab untuk kaum bapa yang wajib di segerakan.
Kepada Allah SWT di pohon taufiq dan hidayahNya untuk kita sama-sama dirahmati agar dapat menyempurnakan tugasan ini menuju kejalan yang di redhai...insyaAllah!
Wallahu'alam.
notapena/arab/links.
No comments:
Post a Comment