Ilmu pengetahuan manusia tentang masaalah-masaalah duniawi dan jasmani
memang terus menerus memuncak dengan begitu ketara dan semua ini tidak akan berhenti, diumpamakan ayat ditulis tanpa bernoktah, ianya akan terus menerus hanyut tanpa henti dan tidak akan berpenghujung.
Masalah manusia tentang pengetahuan rohani dan akhirat tetap ditahap kesederhanaan tidak menampakkan kemajuan dan peningkatan, malah makin berkurangan, malap dan terus mundur.
Risiko yang berkeadaan sebegini rupa, membuatkan manusia yang berpengetahuan serta berilmu, siang malam akan terus leka mengejar, berlumba-lumba mencari akan ilmuan duniawi dan kekayaan harta benda semata-mata.
Keadaan yang sedemikian akan lebih condong dan cenderung serta bersifat rakus memperolehi kepada kebendaan material tanpa menghiraukan apa-apa selain mengejar kekayaan.
Waktu sudah pasti tidak akan mengenali dan menghiraukan padah bala yang bakal mengundang pada bila-bila masa dan saatnya, yang bakal didatangi oleh Allah swt kepada mereka.-mereka yang terang-terangan tidak menghiraukan akan musibah yang diundang diatas sikap dan perbuatan mereka.
Oleh yang demikian semakin rosaklah akhlak atau peradaban manusia yang terus alpa, serta melalaikan soal-soal akhlak dan rohani.
Kalau dibiarkan keadaan yang sebegini rupa, maka manusia akan sampai kepada satu noktah, atau akan terus sesat tanpa penghujungnya, di mana manusia yang berilmu dan berpengetahuan tidak akan berakhlak dan berbudi perkerti sama sekali.
Mereka akan terus hidup umpama sampan tidak berkemudi, hanyutlah ia dibawa arus deras dan berkemungkinan tidak akan dapat berlabuh.
Disaat inilah manusia akan menjadi saperti binatang-binatang liar yang moden lagi pintar, tidak bermoral, menjadi makhluk yang bernafsu besar, mengikuti nafsu syaitan dan iblis, tidak akan tahu malu, bagaikan dirasuk, seterusnya akan mengikut hawa nafsu dengan sesuka hati.
Alangkah kotor dan jijiknya serta kejamnya manusia yang sedemikian rupa...Na'uzu billahi min zalik!!!
Mohon perlindungan dari Allah swt, agar keadaan yang sedemikian rupa tidak mendapat laknat dariNya, sebaliknya kita seharusnya bermunajat memohon do'a agar mereka-mereka ini mendapat hidayah serta diberi petunjuk olehNya dan kembali kepangkal jalan.
Berpatah baliklah kepadaNya dan seterusnya bertaubat dengan sebenar-benar taubat [nasuha].
Surah Al-Mu'minuun Ayat: 99 - 100 [Orang-Orang Mu'min]
" Hingga apabila datangnya maut kepada mereka, berkatalah ia: Hai Tuhanku kembalikanlah
aku ".
" Supaya dapat aku kerjakan amal solih dalam urusan yang telah aku sia-siakan, sedangkan
ungkapan ini telah pernah diperkatakan olehnya. Mereka ini sudah lupa yang dibelakang
mereka ada dinding [barzakh],hingga mereka dibangkitkan semula ".
Demikianlah dakyah karektor manusia yang kafir[ingkar], akan berulang-ulang mahu beriman dan beribadah, malah masih berterusan mengejar kejayaan duniawi semata-mata.
Ya Allah!!! berilah kesempatan untuk mereka berpatah balik kejalan yang diredhai oleh Mu Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.


No comments:
Post a Comment