Saturday, 20 March 2010

Alam Barzakh.



Kehidupan akan bertemu kematian, dimana berakhirlah satu episod perjalanan kehidupan didunia ini yang tidaklah begitu lama jangka hayat seseorang itu, hanya diantara 65 - 85 tahun. Perjalanan seterusnya adalah kealam barzakh yakni alam kubur sebagaimana yang telah dijanjikan.

Berapa lama kah akan perjalanan kehidupan dialam barzakh itu?
Perjalanan kesana akan dimulai dengan kematian dan diakhiri dengan kebangkitan.

Bagaimana kah keadaannya dialam barzakh itu?
Satu diantara dua jenis keadaan, apabila diatas dunia kita berjalan dengan petunjuk Ilahi, maka akan bersenang lenang sambil menanti hari berbangkit.
Sebaliknya, apabila saat kehidupan dunia, kita berjalan diatas nafsu serta keinginan kita sendiri, sudah pasti ia akan membawa kepada kesengsaraan lagi merana.

Merujuk kepada sabda Rasulullah saw disaat baginda mendo'akan salah seorang sahabat yang baru sahaja meninggalkan alam dunia untuk perjalanannya kealam barzakh.

" Ya Allah, jadikanlah kuburnya saperti kebun daripada kebun-kebun syurga dan janganlah jadikan kuburannya daripada lubang-lubang api neraka. "

Bilakah berakhirnya episod perjalanan hidup kita dialam barzakh?
Ketentuannya adalah sampai kita dibangkitkan dihari kiamat, sebelum kita dibangkitkan, kita yang terbujur didalam perut bumi akan dimuntahkan oleh bumi keangkasa.

Apabila malaikat Israfil meniup sangkakala pertama maka berseleraklah kita keangkasa bagaikan kapas yang berterbangan.

Allah swt berfirman didalam surah Al-Haaqah: Ayat 13 yang bermaksud;

" Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup, maka diangkatlah bumi dan gunung-ganang, kemudian dibenturkan keduanya sekali bentur, maka pada hari itu terjadilah hari Kiamat. "

Sesiapa yang berat timbangannya, maka ia berada didalam keadaan yang mengembirakan. Adapun orang yang ringan timbangannya, tempat kembalinya adalah Hawiyah.

Apakah itu Hawiyah?
" Hawiyah, iaitu api yang sangat panas nyalanya [Surah Al-Qaari'ah:1 - 11].

Begitulah perjalanan yang akan ditempuhi pada saat sangkakala pertama ditiupkan. Kita akan melambung 
keangkasa kadangkala akan berbentur dengan gunung-ganang dan terhempas kebawah.

Berapa lama kah kita akan berada didalam suasana yang penuh huru-hara itu?

Baginda Rasulullah saw menjawab dalam hadith yang diriwayatkan Muslim:
" Jarak diantara dua sangkakala adalah empat puluh[40] tahun.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment