Wednesday, 25 November 2009

Hidayat Allah swt. [BAB.3]





Hidayat datang dari Allah swt, seseorang manusia yang inginkan kepada kebenaran dan menerima Islam sebagai agama atau tidak, Al'Quran telah memperlihatkan bahawa dalam menentukan pilihan kepada Islam memang bersesuaian dengan petunjuk Allah swt, yang  dianugerahkan kepadanya.
 

Ini pernah berlaku kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w. yang mahukan bapa saudaranya Abu Talib yang memeliharanya, membesarkan dan melindunginya menyebarkan dan menyampaikan ajaran  Islam kepada umatnya, agar disaat menemui ajalnya dengan bersyahadah [ dua kalimah syahadah ], agar perginya dia dengan keadaan  beragama Islam.


 Akan tetapi keinginan Rasulullah s.a.w. tidak kesampaian atau terkabul, kerana ia tidak bersesuaian dengan kehendak Allah swt memberi petunjuk buat bapa saudaranya Abu Talib.


Allah swt menerangkan bahawa, junjungan besar Rasulullah s.a.w. tidak berkuasa memberi petunjuk kepada sesiapapun yang dikasihinya oleh kerana petunjuk itu hanya ditangan Allah swt sahaja. 
Sebagaimana  firman Allah swt dalam surah al-Qasas ayat 56 yang bermaksud ;


Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, akan tetapi Allah swt memberi petunjuk kepada orang-orang yang dikehendakiNya. Oleh itu Allah swt lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.


Anugerah untuk manusia kepada penerimaan akan Hidayat dan TaufikNya, hanya untuk manusia yang terpilih olehNya, akan dilapangkan olehNya dada mereka untuk menerima dan memeluk agama Islam, sedangkan barang siapa dikehendakiNya mengalami kesesatan maka disempitkan dadanya seolah-olah ia sedang mendaki kelangit.
Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-An'am ayat 125 yang bermaksud;


Nescaya Allah swt akan memberi petunjuk kepada yang Dia menghendaki, melapangkan dadanya untuk memeluk agama Islam dan akan menyempitkan dada mereka yang tidak dikehendaki nescaya mereka akan kesesatan.


Mengikut ketegasan yang telah termaktub maksud dan pengertiannya, maka agama Islam itu sendiri tidak membenarkan kaum muslimin untuk membenci dan memusuhi mereka yang tidak  memilih kepada Islam, kerana Allah swt belum menghendaki mereka dan beroleh petunjuk dariNya.    


No comments:

Post a Comment