Agama Islam menuntut akan ibubapa melaksanakan ibadah 'AQIQAH untuk setiap anak yang dilahirkan sebagai tanda kesyukuran terhadap anugerah dan nikmat Allah swt kepadaNya.
Amalan ini telah dilakukan oleh Rasulullah saw sendiri dan juga oleh para sahabat.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
" Setiap bayi yang dilahirkan tergadai [kebaikannya] dengan 'aqiqah, disembelih pada hari ketujuh[7], juga dicukur dan diberi nama. "
Buraidah Al-Aslami menceritakan bahawa dizaman jahiliyah apabila seseorang mendapat anak mereka akan menyembelih seekor kambing dan darahnya dilumurkan kekepala bayi itu.
Apabila datangnya Islam seseorang yang melahirkan bayi akan melakukan 'AQIQAH dengan menyembelih kambing dan mencukur rambut serta melumurkan kepalanya dengan zakfaran.
Daripada hadith yang disebutkan itu ternyata dan jelas menunjukan ia adalah perkara yang ditaktifkan sunat dilakukan dari hari ketujuh[7] selepas kelahiran anak itu. Jika tidak berkemampuan untuk dilakukan pada hari tersebut boleh ia di tangguhkan kepada hari yang keempat belas[14] atau dua puluh satu[21] atau pada hari-hari yang sudah bersedia dari aspek kemampuan.
Afdalnya dua[2] ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor[1] untuk anak perempuan.
Ada seorang wanita menemui Rasulullah saw dan bewrtanyakan hal untuk eraqiqah ini,maka Rasulullah saw telah menjawab akan pertanyaan wanita itu dengan bermaksud :
"Untuk anak lelaki dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, tidak menjadi masaalah sama ada kambing itu jantan atau pun betina."
Dari aspek umur kambing yang patut disembelih ada diantara guru-guru mengatakan perlulah berumur dua[2] tahun keatas lebih afdal.
Selainnya, sambutan wajib dilakukan yang berbentuk ibadah mengikut hukum-hakam beragama Islam sebagai tanda pengorbanan serta kesyukuran kenikmatan terhadap Allah swt.
Dilarang sekeras-kerasnya sambutan yang berbentuk dan berunsurkan kecenderungan kepada duniawi.
Dari tuntutan penyembelihan dua ekor untuk bayi lelaki dan seekor untuk bayi perempuan adalah mengikut kesesuaian syarak bahawa lelaki mendapat dua bahagian dan perempuan mendapat satu bahagian.
Disini bagi anak lelaki diharuskan menyembelih seekor sahaja, oleh kerana Rasulullah saw sendiri pernah melaksanakan sedemikian dengan penyembelihan aqiqah seekor untuk cucu baginda Hassan dan seekor juga untuk Hussin.
Dengan itu Imam Malik berpendapat bahawa ia boleh dilakukan kerana tidak ada bezanya diantara lelaki dan perempuan bagi bilangan[ekor] dari segi peruntukan yang dituntut.
Segerakanlah jika sudah mempunyai kemampuan mengikut keadaan dan masa yang sesuai.
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment