السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Allah SWT Telah menetapkan cara beribadat sesuai dengan unsur kejadian manusia yang terdiri dari hati batin [rohaniah] dan jasad [jasamaniah].
ibadat yang di lakukan kepadaNya ada secara lisan yakni bersyukur, bersyahadat, berzikir, berdo'a, berselawat dan membaca al-Qur'an.
Selainnya ada yang di kerjakan dengan badan sahaja umpama berpuasa dan terdapat ibabadat yang di lakukan dengan lisan dan di rasakan oleh hati batin, itulah ibadat sembahyang [solat].
Ibadat sembahyang, gerak jasmani, lidah [yakni bacaan] yang di iringi dengan penuh kesedaran hati batin maka itulah ia sembahyang yang sempurna.
Ia perlu di praktikkan dengan ikhlas dimana dalam solat jika tidak dengan penyertaan hati batin maka adalah suatu kesilapan yang wajib kita tangani. Solat yang benar-benar sempurna perlu di sertakan dengan zahir dan batin.
Disini maksud bersembahyang atau bersolat adalah suatu peluang yang jelas untuk di kerjakan bagi seorang makhluk merendahkan diri ini menyatakan akan kekurangan dan hajatnya, mencurahkan air mata, memohon do'a kepada Allah SWT.
Rasulullah s.a.w bersabda :
Seorang hamba mendirikan sembahyang, tidak di terima 1/2 [setengah], 1/3 [sepertiga], 1/5 [seperlima], 1/6 seperenam atau 1/10 [sepersepuluh] dari sembahyangnya, tetapi yang di terima adalah sembahyang dengan kesedaran dan pengertian.
Rasulullah s.a.w juga memerintah kita supaya mencontohi sembahyang baginda.
Rasulullah s.a.w bersanda :
Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.
Oleh itu janganlah kita sembahyang menyimpang dari ketentuan yang telah di tetapkan berhubung waktu sembahyang, bentuk, sifat, cara sembahyang dan bahasa sembahyang.
Manusia Islam tidak di bolehkan sama sekali tidak bersembahyang [solat] walau dalam apa keadaan sekali pun, umpamanya suka duka, perang, damai, sihat dan sakit, wajib di kerjakan mengikut kemampuan yang ketika itu. Kita boleh mengerjakan dengan sembahyang duduk, berbaring, tanpa pakaian, tanpa thaharah [penyucian] dan tanpa menghadap kiblat.
Allah SWT berfirman :
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
"حَفِظُوا۟ عَلَى ٱلصَّلَوَتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلْوُسْطَىٰ وَقُومُوا۟ لِلَّهِ قَنِتِينَ
Peliharalah semua shalat (mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu."
[ Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama. Ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan shalat wusthaa ialah shalat Ashar. Menurut kebanyakan ahli hadits, ayat ini menekankan agar semua shalat itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya. ]
( Surah. AL BAQARAH: 238 )
"فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًۭا ۖ فَإِذَآ أَمِنتُمْ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا۟ تَعْلَمُونَ
Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka shalatlah sambil berjalan atau berkendaraan. Kemudian apabila kamu telah aman, maka sebutlah Allah (shalatlah), sebagaimana Allah telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui."
( Surah. AL BAQARAH:239 )
Amatlah ringan yang di anugerhkan atau di beri Allah SWT kepada para hamba-hambaNya dalam ibadat solat.
Sekiranya tidak bersembahyang pada waktunya diatas sebab-sebab atau sebab yang tidak mengizinkan atau tidak dapat di elakan hendaklah mengqadha solat yang tertinggal itu, juga di segerakan.
Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment