Tuesday, 8 December 2009

Bersikap Adil, Baik dan Positif. [ Bab.5 ]




Perspektif  yang positif amatlah diperlukan untuk menjaga keharmonian diantara umat Islam dengan mereka yang bukan atau yang lahirnya sahaja sebagai orang Islam, dituntut mempunyai kewarasan yang utuh dan kesabaran yang jitu untuk mendampingi mereka yang bukan atau yang bergelar Islam.


Agama Islam telah mengajar umatnya untuk berbuat baik serta bertindak dengan adil kepada mereka yang tidak memerangi umat Islam kerana agama yang dianuti, dan tidak pula menjadikan Islam itu sebagai musuh serta bertindak kejam kepadanya, umpamanya mengusir mereka dari kampung halaman mereka sendiri dan menzalimi mereka.


Islam telah membuat ketetapan dan tidak membenarkan umatnya berbuat baik atau bertoleransi kepada mereka yang dengan sengaja memerangi dan memusuhi umat Islam disebabkan penganutan agama mereka.
Sebagaimana, firman Allah swt didalam surah al-Mumtahanah ayat 8 - 9 yang bermaksud;


" Allah swt tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu oleh kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari halamanmu dan tidak menzalimi kamu oleh agama kamu, sesungguhnya Allah swt menyukai mereka yang bersikap baik dan berlaku adil.


Allah swt hanya merestui umatNya bertindak kepada mereka yang memerangi kamu kerana menzalimi agama kamu serta mengusir kamu dari halamanmu. Barangsiapa yang menjadikan mereka itu kawan maka mereka itulah  disifatkan orang-orang yang zalim. "


Disamping menyuruh umatnya bertidak dengan seadil-adilnya kepada sesiapa pun, Islam juga mengajar umatnya menjaga suasana perdamaian hingga ketahap keharmonian dan kasih sayang kepada mereka yang bersikap baik dan adil..
Terjemahkanlah firman Allah swt untuk didengari oleh mereka, sebagaimana disebutkan didalam surah al-Taubah ayat 6 yang bermaksud;


" Jika seorang diantara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu maka lindungilah ia supaya ia sempat untuk mendengar firman Allah swt, kemudian hantarkanlah ia ketempat yang aman baginya, disebabkan mereka itu dari kaum yang tidak langsung mengetahui. "
Sebagaimana disurah al-Mumtahanah ayat 7 yang bermaksud;


" Mudah-mudahan Allah swt akan menimbulkan kasih sayang diantaramu dan orang-orang yang kamu musuhi diantara mereka itu. "


Petikan yang menjuruskan kepada beberapa ayat al-Quran, telah mentakrifkan dasar hidup bertoleransi umat Islam dengan umat yang beragama lain, sama ada bersangkutan berkeyakinan kepada agama mahu pun yang bersangkutan dengan sikap didalam pergaulan kemasyarakatan yang ikhlas itu sendiri.

No comments:

Post a Comment