السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Untuk Renungan Bersama:
Allah SWT telah memberi kelebihan kepada manusia di bandingkan dengan makhluk yang lainnya seperti malaikat, jin dan haiwan. Kesempurnaan kejadian manusia yang di ciptakan oleh Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui berunsurkan kepada sifat "Rohani dan Jasmani."
Kesempunaan manusia yang di cipta hanya penciptaNya yang mengetahui akan asal kejadian manusia itu mengikut perspektif dan aspek dari pengertian kekurangan dan kelemahan manusia serta kedudukan darjat dan matlamat seseorang itu. Dari kewujudan hidupnya manusia itu sendiri telah di corak serta di tentukan mengikut takdirnya akan kebaikan dan keburukannya.
Allah SWT telah mencipta manusia dengan seindah-indah dan sebaik-baik kejadian untuk memikul tugasan berat di bumi yang penuh degan panca-roba yang sentiasa bergolak dan serba serbi dugaannya amatlah mencabar.
Kejadian ciptaan Allah SWT ini mengandungi unsur-unsur kebendaan dan kerohanian.
Firman Allah yang bermaksud :
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ".
[ Surah at-Tin Ayat: 4 ]
Allah swt mencipta akan akan manusia dengan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku dengan sebegitu ramai sekali, juga dijadikan dari jantina lelaki dan perempuan.
Firman Allah yang bermaksud :
" Hai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dengan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu akan saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali ".
[ Surah Al-Hujurat ayat : 13 ]
Keindahan dan kesempurnaan kejadian manusia boleh di lihat dari sudut fizikalnya, bentuk dan susunan angotanya, sangat bersesuaian untuk [berfungsi] perfungsiannya. Disamping sifat-sifat fizikalnya, Allah SWT telah mengurniakan sifat kerohanian berbentuk " Akal, Hati dan Jiwa ".
Komposisi dari sifat tabii dan rohani itu akan menterjemahkan sifat-sifat ' Sikap, Geraklaku dan Amalan ' yang positif lagi bernilai kepada manusia yang diciptaNya.
Manusia yang mempunyai kesungguhan akan terus beriman dan bertaqwa, mempercayai akan Tuhan Yang Esa dan akan terus mencintai sesama manusia...InsyaAllah!
Wallahu 'alam.
notapena/arab/links.
MajlisBelia DaerahBelait Biro Eim Alhamdulillah & terima kasih.
ReplyDeletePerselisehan berlaku dikalangan manusia telah berlaku zaman berzaman. Ada pendapat yang baik. Ada pula pendapat yang kurang elok. Ada pula pendapat yang salah. Ada pula pendapat kosong yakni hanya diam saja. Bila ke-4 ini bertembung satu tempat maka riuh rendahlah suasana. Maka akan ada dalam mesyuarat itu 2 kumpulan. 1 kumpulan yg benar. 1 kumpulan menentang kebenaran. Ada masa yang benar masuk kepada bathil. Ada pula yang bathil berhijrah kepada yang haq (kebenaran). Begitulah tabiat manusia. Pokonya disini faktor apa? Tiada lain tapi faktor hidayah dari Allah. Bila hidayah tidak dijaga atau dimenfaatkan maka bolih saja Allah tarek hidayah itu untuk diberikan kepada hamba Nya yang lain. Begitu juga sebaliknya, orang yang jahil, engkar, kaki maksiat, pemabuk, perogol dan sebagainya, bolih saja diberi hidayah untuk jadi baik. Itu hak Allah maka sentiasalah kita berdoa agar hati kita tetap dalam Iman & Islam.
Ya muqalibal qulub, tsabit qulubana dinika. Wahai Tuhan yang membolak balik hati kami, tetapkanlah hati kami pada agama Mu. Aamin ya rabbal 'alamin.
Wallahu a'lam. Wasalam.